SJ-05-0493 : Qunut : Bila Senyap, Bila Sebut Amin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0493 : Qunut : Bila Senyap, Bila Sebut Amin

salam,

dalam qunut subuh berjemaah biasanya tang mana senyap, tang mana kena amin

adakah:

Allahummahdina ....sehingga waqina birahmatika syarrama qadait (aminkan imam) ?
Fainnaka taqdi ....sehingga falakalhamdu 'ala ma qadait (senyap - baca sendiri)?

Wanastaghfiruka waautubu ilaika - wasallahuala saidina muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalam (baca sendiri + jahr)

:wassalam

harap bagi jawapan.

SJ-05-0493 : Qunut : Bila Senyap, Bila Sebut Amin

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Apabila imam membaca qunut, makmum di belakang sunat mengaminkan doa imam. Berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca qunut, dan orang di belakang baginda mengaminkannya. Direkod oleh Ahmad (no: 2746), Abu Daud (no: 1445), Ibn Khuzaimah (no: 618) dan lain-lain.

Mengaminkan doa imam hanya pada lafaz-lafaz doa (permintaan) sahaja. Contohnya, "Allahummahdina Fiman Hadait...".

Manakala lafaz-lafaz yang berbentuk puji-pujian kepada Allah, tidak perlu diaminkan kerana ia bukan doa. Boleh senyap sahaja, ataupun sama-sama menyebutnya dengan perlahan. Contohnya, lafaz "Fainnaka Taqdhi Wala Yuqdha Alaik...".

Kata Imam Nawawi, "Sunat bagi makmum bersama-sama imam dalam menyebut puji-pujian, kerana ia tidak sesuai diaminkan". (Al-Majmuk 3/493).

Wallahu A'lam.