SJ-05-0510 : Sujud syahwi WAJIB ke?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0510 : Sujud syahwi WAJIB ke?

Kalo ikut salafi sujud syahwi wajib ke?
macam mana kalo kita was-was samada perlu sujud syahwi ke tidak... contohnya kita tak pasti pernahkah berlaku syak di dalam sujud syahwi.. sebabnye dah memang kaki was-was, maka was-was sajalah kerjenya. (sila jangan reply perlunye mengabaikan was-was, tetapi response kepada persoalan).

:mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Sujud syahwi WAJIB ke?

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Baiklah, saya akan jawab hukumnya sahaja, dan mengabaikan persoalan was-was.

Berikut sahaja petik jawapan dari SJ-05-0509.

Quote:
Hukum sujud sahwi ini khilaf dikalangan Mazhab.

Sujud sahwi adalah wajib mengikut pendapat yang sahih dari Mazhab Hanafi. Seseorang akan berdosa meninggalkannya, akan tetapi tidak membatalkan solat jika tidak melakukannya. Imam Ahmad mengatakan wajib bagi pengurangan dan penambahan.

Bagi Mazhab Maliki ia adalah sunat muakkad, samada bagi Imam ataupun yang bersolat sendirian. Imam Malik berpendapat bahawa ia menjadi wajib jika berlaku kekurangan, dan sunat jika berlaku penambahan.

Bagi Mazhab Syafie hukum sujud ini hanyalah sunat, baik bagi Imam atau bagi yang bersolat sendirian. Wajib hanyalah didalam keadaan solat berjemaah, dimana apabila Imam melakukan sujud sahwi, maka makmum wajib mengikut Imam walaupun dia masbuq. Solat makmum akan terbatal jika tidak turut serta sujud sahwi bersama Imam.

Menurut Mazhab Hanbali, sujud sahwi ini adakalanya wajib dan adakala sunat, Ia menjadi wajib apabila berlaku perbuatan yang boleh membatalkan solat denga sengaja disebabkan penambahan atau pengurangan dalam solat; seperti meninggalkan "perbuatan (fiil)". Begitu juga meninggalkan perkara wajib seperti tasbih semasa ruku' atau sujud.

Bagi Mazhab Hanbali sujud ini akan menjadi sunat, seperti terbaca tashahud semasa berdiri (qiam). Ia akan menjadi harus jika seseorang itu meninggalkan salah satu dari perkara sunat didalam solat [al-Fiqh al-Islami, 2/, Mausu'ah masaail al-Jumhuur fi al-Fiqh al-islami, 1/195].

Perlu diingat, keempat2 Imam Mazhab ini merupakan Salaf yang original. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين