SJ-05-0513 : Kemusykilan Dalam Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0513 : Kemusykilan Dalam Solat

assalamualaikum..
pertama sekali saya meminta maaf kerana mengemukakan soalan ini pada bahagian yang salah..saya ingin meletakkan soalan ini pada bahagian "Soaljawab Islam/Sembahyang dan Jumaat" tetapi tidak jumpa butang "NEW TOPIC"
saya ada beberapa soalan hendak ditanya:

1)Apakah ayat yang wajib untuk dibaca semasa mengimamkan solat daripada niat hingga rakaat akhir
2)semasa di asrama, saya melihat kawan saya menunaikan solat asar, selepas rukuk, beliau berdiri sambil menadah tangan seperti membaca doa qunut:
a) apakah doa yang dibaca oleh beliau.
b)apakah solat yang dilakukan oleh beliau
c)apakah hukumnya
3)saya pernah melihat ada sesetengah individu menunaikan solat 5 waktu dengan cepat, sekiranya solat subuh, beliau boleh habiskan dalam masa kurang 2 minit , sekiranya solat zohor,asar dan isyak, beliau boleh melakukan kurang daripada 3 minit. sekiranya solat mahgrib, beliau boleh habiskan dalam masa kurang 2 minit. bukan beliau sahaja. apakah ayat yang dibaca oleh individu seperti ini?
4)bolehkah saya membaca ayat2 dan surah2 yang wajib sahaja didalam solat tanpa membaca surah2 sampingan selain daripada al-fatihah?

Re: kemusykilan dalam solat

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
1)Apakah ayat yang wajib untuk dibaca semasa mengimamkan solat daripada niat hingga rakaat akhir

Yang wajib dibaca oleh imam ialah bacaan yang rukun seperti Takbiratul Ihram, Fatihah, Tasyahhud Akhir. Sama seperti bacaan orang yang bersembahyang berseorangan.

Quote:
2)semasa di asrama, saya melihat kawan saya menunaikan solat asar, selepas rukuk, beliau berdiri sambil menadah tangan seperti membaca doa qunut:
a) apakah doa yang dibaca oleh beliau.
b)apakah solat yang dilakukan oleh beliau
c)apakah hukumnya

Kaedah mengatakan 'meletakkan hukum sesuatu merupakan cabang kepada memahami perkara tersebut'. Jika saudara sendiri pun tidak tahu apakah solat yang beliau lakukan dan apakah doa yang dia baca, maka kami pun tidak mengetahuinya.

Mungkin beliau qadha solat Subuh lalu berqunut selepas rukuk. Mungkin dia solat Asar dan melakukan qunut Nazilah (qunut semasa Muslimin ditimpa bencana).

Quote:
3)saya pernah melihat ada sesetengah individu menunaikan solat 5 waktu dengan cepat, sekiranya solat subuh, beliau boleh habiskan dalam masa kurang 2 minit , sekiranya solat zohor,asar dan isyak, beliau boleh melakukan kurang daripada 3 minit. sekiranya solat mahgrib, beliau boleh habiskan dalam masa kurang 2 minit. bukan beliau sahaja. apakah ayat yang dibaca oleh individu seperti ini?

Tidak ada had masa tertentu dalam menunaikan solat. Asalkan dilakukan dengan cukup rukun dan syaratnya. Iaitu menjaga segala rukun dengan tumakninahnya. Tetapi kebiasaannya, 2-3 minit untuk satu-satu solat adalah terlalu pendek. Dibimbangi pelajar tersebut tidak menyempurnakan perbuatan rukun dengan sempurna.

Quote:
4)bolehkah saya membaca ayat2 dan surah2 yang wajib sahaja didalam solat tanpa membaca surah2 sampingan selain daripada al-fatihah?

Ya, bacaan surah selain Fatihah adalah sunat sahaja. Tidak mengapa jika tidak dibaca.

Wallahu A'lam.