SJ-05-0541 :tak pasti dah sujud sahwi sebelum salam ke belum

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0541 :tak pasti dah sujud sahwi sebelum salam ke belum

salam,

kalo tak pasti dah sujud sahwi sebelum salam ke belum, lepas bagi salam kita sujud sahwi balik dan bagi salam boleh tak?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: tak pasti dah sujud sahwi sebelum salam ke belum

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Menurut pendapat ulama' bahawa jika anda terlupa akan sujud sahw, maka tidak perlu melakukannya. Didalam mazhab Syafie, hukum sujud sahw adalah sunnat.

Apa yang dibimbangi adalah, apabila seseorang itu yakin bahawa dia terlupa, lalu dia pun melakukan sujud sahw, akan tetapi selepas itu dia tahu bahawa kelalaian tersebut tidak berlaku, maka menurut pendapat yang kuat, dia hendaklah menambah 2 kali sujud akibat membuat penambahan didalam sujud yang awal tadi. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily terdapat kaedah yang menyebut :-

أن السهو في سجود السهو لا يقتضي السجود، والسهو به يقتضية
"lupa didalam sujud sahw tidak memerlukan sujud, akan tetapi lupa mengenainya memerlukan sujud" [al-Fiqh al-Islam, 2/90, cet ke 3, 1989].

Sekian, wassalam

خيرالأمين