SJ-06-0007 : Jemaah solat musafir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0007 : Jemaah solat musafir

assalaamu'alaikum

jika imam sedang solat jama' taqdim zohor dan asar dan telah selesai solat zohor, kini dalam solat asar. ketika itu makmum masuk jemaah solat jamak taqdim itu maka adakah makmum perlu sembahyang jama' asar seperti imam ataupun zohor?

terima kasih

Re: SJ-06-0007 : Jemaah solat musafir

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr AHelmi dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Persoalan diatas menyentuh 2 hukum didalam solat berjemaah :-

a. Syarat solat Jama' Taqdim - Mazhab Hanbali dan Syafie mensyaratkan tertib didalam menunaikan solat pertama dan yang kedua sebagai syarat didalam Solat Jama' Taqdim. Maknanya solat pertama (Zohor atau Maghrib) mesti didahulukan dan dikuti dengan solat kedua (Asar atau Isya'). Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, salah satu syarat jama' al-Taqdim ialah :-

ÇáÊÑÊíÈ Ãí ÇáÈõÏÇÁÉ ÈÇáÃæáì ÕÇÍÈÉ ÇáæÞÊ : æåæ Ãä íÞÏã ÇáÃæáì¡ Ëã íÕáí ÇáËÇäíÉ¡ áÃä ÇáæÞÊ ááÃæáì¡ æÅäãÇ íÝÚá ÇáËÇäíÉ ÊÈÚÇð ááÃæáì¡ ÝáÇÈÏ ãä ÊÞÏíã ÇáãÊÈæÚ¡ Ýáæ ÕáÇåãÇ ãÈÊÏÆÇð ÈÇáÃæáì¡ ÝÈÇä ÝÓÇÏåÇ ÈÝæÇÊ ÔÑØ Ãæ Ñßä¡ ÝÓÏÊ ÇáËÇäíÉ ÃíÖÇð¡ áÇäÊÝÇÁ ÔÑØåÇ ãä ÇáÈÏÇÁÉ ÈÇáÃæáì¡ æáßä ÊäÚÞÏ ÇáËÇäíÉ äÇÝáÉ Úáì ÇáÕÍíÍ
"Tertib, iaitu memulakan solat yang pertama didalam waktu itu, kemudian diikuti dengan solat yang kedua, kerana sesungguhnya ia adalah didalam waktu solat pertama, maka mesti didahulukan solat yang diikuti. Kerana itu jika dilakukan solat kedua-duanya dengan mendahulukan solat yang pertama, tiba-tiba solatnya yang pertama batal akibat tidak sempurna syarat atau rukunnya, maka terbatallah solat kedua juga, kerana syarat solat yang kedua tidak sempurna sejak bermula baginya, iaitu solat pertama. akan tetapi solat kedua akan menjadi solat sunat menurut pandangan yang sahih" - [Al-Fiqh Al-Islami, 1/355]

b. Persamaan cara-cara solat Imam dan makmum - Mazhab Syafie meletakkan syarat paling longgar didalam persoalan persamaan cara solat Imam dan Makmum. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dengan memetik padangan Imam al-Syafie dari buku Mughni al-Muhtaaj berkata :-

æÇßÊÝì ÇáÔÇÝÚíÉ ÈÇÔÊÑÇØ ÊæÇÝÞ äÙã ÕáÇÊí ÇáÅãÇã æÇáãÞÊÏí¡ ÝÅä ÇÎÊáÝ äÙã ÕáÇÊíåÇ ßÕáÇÉ ãßÊæÈÉ æÕáÇÉ ßÓæÝ¡ Ãæ ãßÊæÈÉ æÕáÇÉ ÌäÇÒÉ¡ áã ÊÕÍ ÇáÞÏæÉ ÝíåÇ Úáì ÇáÕÍíͺ áÊÚÐÑ ÇáãÊÇÈÚÉ ÈÇÎÊáÇÝ ÝÚáåãÇ.
"Al-Syafie mensyaratkan bahawa sistem solat makmum dan Imam mesti yang dipersetujui/sistem yang sama, maka jika berbeza sistem solatnya seperti solat wajib dan solat gerhana, atau solat wajib dan solat Jenazah, tidaklah sah ikutan/qudwahnya (kedua-dua solat ini) menurut pandangan yang sahih, adalah tidak boleh mengikuti yang berbeza cara/amalan (berlainan perbuatan) kedua-duanya"-[al-Fiqh al-Islami 2/237]

Mazhab Syafie membenarkan makmum yang bersolat tunai mengikuti Imam bersolat sunat. Begitu juga sah orang yang bersolat Asar mengikuti orang yang bersolat Zohor dan sebaliknya. Mazhab Hanbali meletakkan syarat bahawa persamaan Imam dan Makmum hendaklah pada jenis fardu dari aspek masa dan namanya. Maka menurut Mazhab Hanbali orang yang solat Zohor tidak sah berimamkan orang yang bersolat Asar. Mazhab Maliki pula meletakkan syarat bersamaan pada zat solat. Tidak sah solat Zohor berimamkan orang solat Asar, dan tidak sah solat tunai berimamkan solat qada', kerana tidak bersamaan dari segi sifat.

Berdasar dua syarat yang dinyatakan diatas, menurut Mazhab Syafie, anda hendaklah bersolat secara tertib (mendahulukan solat yang pertama, aiitu Zohor), iaitu bersolat qasar Zohor yang berimamkan Imam yang bersolat qasar Asar. Ini adalah kerana kaedah 2 solat ini adalah serupa. Kemudian barulah menunaikan solat Qasar Asar berdasarkan syarat tertib Jama' Taqdim. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Damsyik : dar al-Fikr, 1989.

2. SJ-05-0028 : Jama' ta'khir. url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27591

3. SJ-05-0033 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid (2) url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27659

خيرالأمين