SJ-06-0020 : Jarak dan tempoh mengikut syafie...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0020 : Jarak dan tempoh mengikut syafie...

:salam

1. Berapa jarak yang disepakati ulama' Syafi'ie untuk membolehkan solat jama' dan qasar dilakukan?

2. Berapa harikah yang dibolehkan bagi seseorang musafir untuk melakukan solat jama' jika dia bermusafir dan bermalam di satu tempat selama empat malam lima hari?

3. Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa seseoarang layak untuk melakukan solat jama' jika tempoh dia berada di tempat yang dituju tidak lebih dari tiga hari, adakah 3 ahri tersebut termasuk hari tiba dan balik atau tiga hari yang berasingan dengan hari tiba dan balik?

Terima kasih.
:wassalam

Re: Jarak dan tempoh mengikut syafie...

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr izzuddin79 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallaah.

Sebenarnya, soalan jarak dan jangkamasa permusafiran sudah banyak dijawab didalam al-ahkam. Sila tengok ruangan berikut :-

a. JAWAPAN soaljawab Feqh >> Sembahyang jamak dan qasar
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?selected_id=f96

b. Arkib Soaljawab Feqh >> ARKIB Sembahyang jamak dan qasar
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?selected_id=f63

Walaubagaimana pun, kami akan menjawab soalan diatas secara ringkas berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e, jilid 1.

Soalan 1 : Jarak membolehkan seseorang itu Jama' dan Qasar ketika bermusafir adalah 16 farsakh atau bersamaan 81km. Ibn Umar ra. dan Ibn Abbas ra. mengqasarkan solat dan berbuka pada jarak 4 burud, atau 16 farsakh yang bersamaan dengan 81km atau lebih. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/191].

Soalan 2 : Seseorang itu dibenarkan melakukan solat Jama' dan Qasar jika permusafiran kurang dari 4 hari. Jika pada awal2 lagi seseorang itu telah mengetahui bahawa dia akan bermusafir lebih dari 3 hari (4 hari misalnya), maka secara automatik kelonggaran (ruhsah) untuk melakukan solat Qasar terbatal. Maknanya sepanjang 4 hari, dia hendaklah bersolat seperti biasa.

Perlu di beri perhatian disini ialah dia masih boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar semasa didalam perjalanan pergi dan balik, kerana memenuhi Soalan 1, iaitu jarak yang membolehkan. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Soalan 3: 3 Hari bermusafir itu tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

:aklam, wassalam

Rujukan :
===========
1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e - 1. cet ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam : 2000.

خيرالأمين