SJ-06-0029 : qasar solat..??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0029 : qasar solat..??

salam.. ada kawan tanya.. kalau mcm kita dah konfem nak MUSAFIR, pastu kita kuar dari rumah.. kebetulan masuk waktu Zuhr.. kitapun singgah kat masjid yg berdekatan dgn rumah kita utk solat Zuhr berjemaah.. lpas ikut imam smbhyg zuhr secara 'tamam', bleh tak kita sambung jama solat 'asr secara qasar??? kan dah kuar dari rumah dan niat mmg nak musafir jauh!! kira tgh musafir lah tue kan wlupun dekat dgn rumah..??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0029 : qasar solat..??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan (dari rakan) af_feirays dengan kadar kemampuan ilmu yang terbatas, Insyaallah,

Diantara syarat-syarat sah memendikkan (qasar) solat adalah "hendaklah musafir melepasi pagar pekan (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Syarat ini merupakan pandangan jumhur ulama' sebagaimana Imam al-Nawawi rh berkata :

ãÐåÈäÇ Ãäå ÅÐÇ ÝÇÑÞ ÈäíÇä ÇáÈáÏ ÞÕÑ , æáÇ íÞÕÑ ÞÈá ãÝÇÑÞÊåÇ æÅä ÝÇÑÞ ãäÒáå æÈåÐÇ ÞÇá ãÇáß æÃÈæ ÍäíÝÉ æÃÍãÏ æÌãÇåíÑ ÇáÚáãÇÁ
dir="ltr">"Mazhab kami sesungguhnya apabila seseorang melepasi bangunan pekannya maka bolehlah dia qasar, dan tidak boleh qasar sebelum melepasinya, walaupun jika dia baru keluar dari rumahnya. Ini adalah juga kata-kata (Imam) Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama'" [al-Majmu' 4/228].

Pandangan ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Imam Bukhari dimana Anas ra. berkata :

ÍÏËäÇ ÃÈæ äÚíã ÞÇá ÍÏËäÇ ÓÝíÇä Úä ãÍãÏ Èä ÇáãäßÏÑ æÅÈÑÇåíã Èä ãíÓÑÉ Úä ÃäÓ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : (ÕáíÊ ÇáÙåÑ ãÚ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈÇáãÏíäÉ ÃÑÈÚÇ æÇáÚÕÑ ÈÐí ÇáÍáíÝÉ ÑßÚÊíä).
dir="ltr">"Aku bersolat Zohor bersama Nabi :saw di Madinah 4 rakaat dan Asar 2 rakaat di ZulHulaifah"

Akan tetapi, Menurut Syiekh Utsaimin rh, dibolehkan bersolat Asar (jama') 4 rakaat (bukan qasar) jika seseorang itu mendapati bahawa agak sukar melakukan Asar selain dari berada didalam kawasan yang dia berada sekarang ini, sepertimana kata beliau :-

æáÇ íÍá áßã Ãä ÊÌãÚæÇ Èíä ÇáÕáÇÊíä ÍÊì ÊÛÇÏÑæÇ ÇáÈáÏ ÅáÇ Ãä ÊÎÇÝæÇ Ãä áÇ íÊíÓÑ áßã ÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ ÃËäÇÁ ÓÝÑßã
dir="ltr">"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan belaku keadaan yang tidak mudah untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Kesimpulannya, syarat mengqasar solat bagi musafir adalah melepasi pekan yang beliau tinggal dan ini adalah pandangan jumhur ulama'. WA.

wassalam

خيرالأمين