SJ-06-0055 : solat semula selepas solat jama'?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0055 : solat semula selepas solat jama'?

:salam

Saya telah membaca bank2 soalan mengenai solat jama' tanpa musafir. Cuma ada persoalan lain yg tak dapat saya jumpai dalam al-ahkam.

Kes: Seorang pelajar ada kelas pada PERTENGAHAN waktu zohor dan berakhir pada AKHIR waktu asar (atau mungkin awal waktu maghrib).
Kerana khuatir tidak sempat solat asar, maka pelajar tersebut telah solat jama' taqdim tanpa qasar.
Nak dijadikan cerita (mmg betul2 berlaku), kelas tersebut habis awal dari sepatutnya, dan waktu asar masih agak panjang.

Soalan : Perlukah pelajar tersebut mengulangi solatnya kerana 'ilah kesukaran utk solat telah hilang.

Sekian terima kasih.

SJ-06-0055 : solat semula selepas solat jama'?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Seorang yang telah menjamakkan antara 2 solat dalam kes2 yang harus jamak padanya, maka dia sudah menunaikan tanggungjawabnya. Jika illahnya sudah tiada, dia tidak perlu mengulangi balik solatnya.

Sama seperti seorang yang bermusafir, menjamakkan antara Zohor dan Asar pada waktu Zohor, kemudian sampai ke rumanya sebelum Asar. Dia sudah tidak wajib mengulangi balik Asarnya, kerana dia sudah melakukannya pada waktu Zohor. Walaupun, illahnya (musafir) sudah tidak ada masa itu.

Begitu juga, musafir yang solat dengan tayammum sebab tak ada air, kemudian lepas bagi salam baru ada air, maka x perlu ulangi solat. (Majmuk 2/306)

Wallahu A'lam.