SJ-06-0057 : Solat jama' bagi yang berumur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0057 : Solat jama' bagi yang berumur

asSalam ahli panel,

Tuk saya berumur 85thn dan mengalami kesulitan untuk mengambil wudu' setiap kali untuk menunaikan solat. Memandangkan kesukaran untuk bergerak bebas disebabkan uzur pada usia tua, adakah Islam membenarkan jika solat wajib 5 waktu dilakukan secara jama'?

Pohon pandangan tentang hal ini...

WasSalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0057 : Solat jama' bagi yang berumur

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda degan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tuk anda sudah dikira UZUR dan mempunyai kesukaran untuk mengambil wudhu'. Jika tidak ada orang yang boleh membantu beliau untuk melakukan wudhu', dia dibenarkan menjama'kan solat Zohor dan Asar, dan Maghrib dan Isya'. Yang di larang adalah menqasar (memendikkan) solatnya.

Menurut Syiekh Al-Islam Ibn Taimiyah rh :

æÇáÞÕÑ ÓÈÈå ÇáÓÝÑ ÎÇÕÉ áÇ íÌæÒ Ýí ÛíÑ ÇáÓÝÑ æÃãÇ ÇáÌãÚ ÝÓÈÈå ÇáÍÇÌÉ æÇáÚÐÑ ÝÅÐÇ ÇÍÊÇÌ Åáíå ÌãÚ Ýí ÇáÓÝÑ ÇáÞÕíÑ æÇáØæíá æßÐáß ÇáÌãÚ ááãØÑ æäÍæå æááãÑÖ æäÍæå æáÛíÑ Ðáß ãä ÇáÃÓÈÇÈ ÝÅä ÇáãÞÕæÏ Èå ÑÝÚ ÇáÍÑÌ Úä ÇáÃãÉ
dir="ltr">"Sebab untuk (khusus) Qasar ialah kerana bermusafir, dan tidak boleh selain dari bermusafir (memendikkan solat). Mengenai Jama disebabkan Hajat dan Uzur, maka jika seseorang memerlukan untuk melakukannya, ia boleh menjama;kan solat semasa bermusafir, samada bermusafir jauh dan dekat, dan dia juga boleh menjama' Solat kerana hujan dsb, kerana sakit dsb dan sebab-sebab yg lain, kerana maksud utamanya ialah membuang kesukaran kepada umatnya" - [Majmu' Al-Fataawa, 22/293].

Didalam sebuah hadith riwayat al-Tirmudzi #128, Nabi :saw pernah memberikan ruhsah kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah dengan membenarkan wanita tersebut menjama' solatnya. Ini menunjukkan kesukaran dan keuzuran itu pelbagai. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين