SJ-06-0093 : solat jamak qasar dikampung -anak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0093 : solat jamak qasar dikampung -anak

:salam

Anak-anak saya apabila berada di kampung saya atau isteri adakan juga dikira watan asli ?

Re: solat jamak qasar dikampung -anak

:wassalam

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam,

Sekiranya kampung saudara adalah watan asli saudara, maka anak-anak saudara juga mengikut saudara dalam perkara ini - tidak boleh jama' dan qasr - jika mereka tidak mempunyai watan asli yang lain.

Tetapi jika sekiranya saudara telah berpindah dari kampung tersebut dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di suatu tempat kediaman kekal jauh dari kampung itu dan saudara tidak berniat pindah ke tempat lain, maka watan asli saudara adalah tempat kediaman kekal saudara yang baru. Begitu juga dengan anak-anak saudara jika mereka tidak mempunyai watan asli yang lain. Ini kerana, kampung saudara bukan lagi watan asli, maka boleh untuk anak-anak saudara melakukan solat jama' dan qasr jika cukup syaratnya.

hukum berkaitan
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=36967&p=157588#p157588

:aklam

Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273