SJ-06-0094 : Solat jamak & qasar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0094 : Solat jamak & qasar

Salam..

Saya telah pergi ke satu tempat yg jaraknya lebih dr 90km. Semasa dalam perjalanan pulang dari tempat tersebut dan memasuki negeri sendiri (belum sampai rumah sendiri) telah masuk waktu asar, dan saya telah menjamak dan qasarkan solat zohor & asar di sebuah masjid. Adakah betul apa yg saya lakukan atau saya hanya boleh menjamakkan tanpa qasar solat tersebut? Minta penjelasan.

    Offline
    Joined: 01/01/1970 - 7:30am
    Re: Solat jamak & qasar

    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar yang mampu, InSyaAllah.

    Apabila seseorang memasuki sempadan pekan yang dia tinggal, maka solat tersebut tidak boleh dipendekkan lagi (al-Fiqh al-Manhaji, 1/187).

    Contohnya, seseorang yang tinggal di Petaling Jaya, apabila dia pulang dari Ipoh melalui Rawang, dia masih boleh lagi mengasar solat di Rawang. Akan tetapi apabila dia telah memasuki sempadan Petaling Jaya, maka solat tadi tidak boleh diqasarkan. (Kalau masjid yang anda solat tadi di Rawang dan rumah anda di Petaling Jaya, anda masih boleh solat qasar).

    Persoalan yang timbul adalah, apabila seseorang itu berniat Jama' Ta'khir, bagaimana dengan status solatnya apabila telah masuk sempadan bandarnya? Soalan ini pernah dibincangkan oleh Syeikh Ibn Utsaimin, katanya :

    لابد من استمرار العذر إلى دخول وقت الثانية فقط، لكن إذا قدم البلد فإنه لا يقصر؛ لأنه انتهى وقت القصر.
    "Dia mesti meneruskan keuzurannya sehingga masuk waktu yang kedua sahaja (apabila telah berniat menta'khirkan solat), akan tetapi apabila telah memasukki bandarnya, solat tidak boleh diqasarkan. Kerana sesungguhnya waktu qasar solat telah habis" [Al-Sharh Al-Mumthi', 2/224].

    Maknanya, dia hendaklah melakukan solat Jama' ta'khir tanpa Qasar (memendikkan solat yang 4 rakaat) . WA.

    Sekian, wassalam

    خيرالأمين