SJ-07-0002 : Doa pengikat kasih

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0002 : Doa pengikat kasih

Assalamualaikum....bolehkah moderator kat al-ahkam bagi tips-tips doa untuk pengikat kasih dengan orang yang dicintai dengan harapan dapat kekal hingga ke anak cucu....sekian Assalamualaikum

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0002 : Doa pengikat kasih

w'salam,

tidak ada di dalam Islam yg dinamakan ayat pegasih dan tidak ada kaifiat tertentu dalam bab ini kecuali kaifiat doa yg dijelaskan dlm Islam secara umum. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan utk bermohon doa kpd Allah agar dijodohkan kita dgn gadis idaman kita. Namun, ia adalah doa sepertimana doa2 yg kita baca. WA.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-07-0002 : Doa pengikat kasih

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat. Tidak diketahui akan do'a yang khusus bagaimana mengikatkan kasih sayang diantara dua insan sehingga keanak cucu. Berdo'alah dengan menggunakan Nama-Nama dan sifat-sifat Allah, dan diantaranya terdapat nama-nama yang menunjukkan kasih sayang Allah kepada makhluknya. Firman Allah swt :

æóáöáøóåö ÇáúÃóÓúãóÇÁõ ÇáúÍõÓúäóì ÝóÇÏúÚõæåõ ÈöåóÇ
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu" - [al-A’raaf 7:180].

Do'a boleh dibaca didalam apa-apa bahasa yang boleh difahami. Menurut Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah :

æÇáÏÚÇÁ íÌæÒ ÈÇáÚÑÈíÉ ¡ æÈÛíÑ ÇáÚÑÈíÉ ¡ æÇááå ÓÈÍÇäå íÚáã ÞÕÏ ÇáÏÇÚí æãÑÇÏå ¡ æÅä áã íÞæøöã áÓÇäå ¡ ÝÅäøóå íÚáã ÖÌíÌ ÇáÃÕæÇÊ ¡ ÈÇÎÊáÇÝ ÇááÛÇÊ Úáì ÊäæÚ ÇáÍÇÌÇÊ ...
"Do'a dibolehkan didalam bahasa Arab dan bukan bahasa Arab, demi Allah mengetahui apa yang tersirat didalam do'a permintaannya, tidak kira bahasa apa yang disebutnya, kerana sesungguhnya dia mendengar semua suara dari pelbagai bahasa, memohon pelbagai jenis hajat...." (Majmu’ al-Fataawa, 22/488-489).

Contoh do'a kasih-sayang yang dibaca oleh setengah-setengah orang, misalnya seperti (bukan dari hadith Nabi saw):-

Çááåã ÇÌÚáäí ãÍÈæÈÇ Ýí ÞáæÈ ÇáãÄãäíä Çáì ãÇÆÉ ÇáÝ Çæ íÒíÏæä
[Allahummaj 'alni mahbuuban fi quluubil mukminiina ila miati alfin au yaziiduun]
"Ya Allah Jadikan aku dicintai didalam hati orang mukmin sebanyak 100,000 atau lebih"

Do'a dan amalan zahir mestilah selari. Kalau kita seorang yang keras hati, tidak mempunyai perasaan kasih-sayang terhadap makhluk Allah, maka bagaimana orang lain hendak mengasihani kita? Apa yang dido'a dan apa yang dilakukan tidak selari. Sebagaimana hadith dari Abu Hurairah ra., dimana ada seorang yang mempunyai 10 orang anak (tidak pernah diciumi anaknya) melihat Rasulullah saw mencium cucu baginda Saidina Hassan, lalu baginda bersabda :

ãä áÇ íÑÍã áã íÑÍã
"Barangsiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihani"

WA, wassalam
==========
Rujukan

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 1, 22, 27. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

خيرالأمين