SJ-07-0028 : betulke ni bidah???

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0028 : betulke ni bidah???

selepas kita selesai membaca al-quran kita akan mengucapkan sodaqo allahul azim.

ini diajar oleh tuk nenek kita.

solan nye ,betul ke ni bidah??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0028 : betulke ni bidah???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan ini pernah di tanya sebelum ini. Secara ringkasnya :

- Membaca ÕÏÞ Çááå ÇáÚÙíã selepas membaca al-Quran tidak ada asalnya dari amalan Nabi :saw, dan tidak diketahui amalannya dari para sahabat dan tabien. Ibn Utsaimin mengatakan sentiasa menyebutnya selepas membaca al-Quran adalah amalan bid'ah. [Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar,ms 79-80]

- Tidak menjadi masalah jika seseorang itu ingin memberi penekanan kepada arahan Allah swt itu (seperti didalam ceramah dsb) dengan menyebut perkataan sadaqallahu al-azhim. [Ibn Baaz, Fataawa wa maqaalaat, 9/342].

Sila baca URL berikut bagi perbincangan mengenai masalah ini :-

SJ-13-0017 : em.. membaca sadaqa allah al-azim
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=27849

Sekian, wassalam

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0028 : betulke ni bidah???

Tambahan:

Semasa program bedah buku Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alSyarim alMasluul) bersama Fadhilah Syaikh Dr Mohd Radzi di TTDI (5 Mac), Dr Radzi bercerita satu kisah lama, ketika dia menuntut di Saudi.

Ia berlaku pada satu seminar anjuran Rabithah dan berhimpun tokoh2 terkemuka spt Samahah Syaikh Baz, alMuhaddith al-Albani, Syaikh alSyinqiti, Syaikh Uthaimiin, dll.
Seminar Rabithah itu dimulakan dengan bacaan ayat2 suci alQur:an oleh Qari jemputan. Entah macam mana seusai habis bacaannya qari jemputan itu membaca ÕÏÞ Çááå ÇáÚÙíã

òsecara spontan Syaikh Baz menegur " Bid'ah", lantas syaikh Syinqiti berkata:
QUL sadaqallah (AQ 3:95). Bangkit pula al-Albani, membenarkan Syaikh Baz. Pendek kata kecoh juga hari tu...isu sadaqallah aje.
itu semua disaksikan oleh peserta seminar dan kamera TV dan wartawan.