SJ-07-0037 :MEMBACA AL-MA'THURAT BERJEMAAH,BETULKE BID'AH???

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0037 :MEMBACA AL-MA'THURAT BERJEMAAH,BETULKE BID'AH???

ana terbaca dlm al qayyim bhw ianya seperti bid'ah.betulke??
pasal ana lihat ade pemimpin besar dr kalangan parti hijau selalu buat pekara ni.pls jelaskan pd ana.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0037 :MEMBACA AL-MA'THURAT BERJEMAAH,BETULKE BID'AH???

menyatakan sesuatu itu bid'ah tanpa kajian menyeluruh dan mendalam adalah satu perkara yang perlu dijauhi (ini pendapat saya , wallahu a'lam).

di dalam al ma'thurat, ada ayat2 Al Quran, hadith2 yang majoritinya sahih atau hasan. dan ada juga doa yang disusun oleh Hasan al Banna. ini sekadar yang saya tahu.

sesiapa yang menganggap bahawa membaca mathurat secara jemaah adalah satu kewajipan atau perkara yang dituntut oleh Islam, maka ia menghampiri bid'ah kerana mewajibkan perkara yang tidak diwajibkan oleh Al Quran dan hadith.

tetapi sesiapa yang ingin membacanya sekadar membaca zikir yang sememangnya terdiri daripada Al Quran dan hadith, dan diakhiri dengan doa, ia bagi saya bukanlah satu perkara yang kita boleh anggap sebagai bid'ah. jangan anggap ia sebagai satu perkara yang mesti dilakukan.

namun begitu perlu diingat bahawa Rasulullah SAW berzikir dan para sahabat juga berzikir. mereka berzikir secara beramai-ramai (berada bersama-sama) dan secara berseorangan. masing2 membaca zikir pada keadaan yang membenarkannya berzikir atau memudahkannya utk berzikir (secara khusus)/

seluruh kehidupan mereka dalam keadaan mentaati Allah juga adalah zikir secara umum. jangan kita jadikan bid'ah membid'ah ini satu perkara yang merenggangkan ukhuwwah kita. wallahu a'lam.