SJ-07-0065 : Alternatif Berzanji/Marhaban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0065 : Alternatif Berzanji/Marhaban

:salam

Rakyat Melayu muslim di Malaysia sudah biasa untuk mengadakan bacaan Berzanji dan Marhaban beramai2 sewaktu kenduri meraikan kelahiran cahaya mata.

S:Apakah cadangan tuan, aktiviti yg lebih bertepatan dengan As-Sunnah bagi menggantikan bacaan Marhaban dan Berzanji sewaktu majlis menyambut kelahiran cahaya mata?

Terima kasih.

:wassalam

SJ-07-0065 : Alternatif Berzanji/Marhaban

ada dua cadangan peribadi daripada saya:

1- meneruskan kenduri tanpa ada apa-apa upacara khas. banyak kenduri kahwin contohnya yang tidak ada apa-apa aktiviti khas melainkan makan dan balik.

2- mengadakan majlis ilmu sebagai penerangan tentang kepentingan mendidik anak menurut pannduan Islam.

memberi makan kepada orang lain sendiri adalah satu perkara yang telah pun amat dihargai oleh orang yang datang.

wallahu a'lam.