SJ-07-0079 : Anak Soleh

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0079 : Anak Soleh

:salam

Bapa isteri baru meninggal, semua anak perempuan, yg saya tahu cuma 1)sedekah jariah 2) ilmu yg dimanfaatkan 3) Anak yg soleh yng mendoakan. yg tak terputus.

1)Camner ngan anak perempuan ?
2)Apakah yng elok dilakukan ?
2.1) Belum buat haji lagi, camner ? ( siapa boleh diupah buat ? yg bidaahnye camner ?
3)Adakah amalan anak lelaki yg soleh tu sekadar bebas dari siksa kubur atau selamat hingga hari pengadilan hingga bebas dari api Neraka ?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0079 : Anak Soleh

:wassalam

al-Jawab:

1) Anak perempuan tidak dibedzakan dalam hadith itu. Tidak ada diskriminasi gender dalam kalimah walad (anak). anak soleh si mati baik lelaki atau perempuan adalah aset si mati.

2) Yang elok dilakukan ialah sentiasa melaksanakan maksud zahir nas hadith itu. anak soleh yg mendo'akannya. Kemudian menjauhi amalan-malan yg dianggap tidak tsabit, spt menganjurkan kenduri arwah, tunggu kubur, menembok dan menghias pusara, membaca Yasin di kubur) yang selalu kita bahaskan

2.1) Upah Haji. Ini dianjurkan dalam madzhab Syafi'iy dgn syarat-syaratnya, antaranya si anak itu hendaklah telah menyempurnakan Haji untuk dirinya terlebih dahulu.

3) Do'a si anak itu bergantung kepada apa yang dipohon oleh anak soleh itu. Selalunya pakej do'a yg standard ialah memohon keselamatan di dalam kubur, ketika dibangkitkan, ketika berhimpun di Mahsyar dan kesudahan manusia, samada Neraka atau Syurga. Maka si anak yg soleh sudah pasti akan memohon do'a agar si arwah akan mendapat keselamatan di tempat-tempat yang tiada naungan melainkan naungan Allah jua. sekian