SJ-07-0136 : Haujakan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0136 : Haujakan

Assalamualaikum ustaz,
Apa itu haujakan? Ramai wanita veteran menghadiri majlis ini. Ada yang mengikut rombongan hadir ke majlis haujakan yang diadakan di tempat-tempat lain. Harap ustaz terangkan kedudukan majlis ini di dalam Islam. Terima kasih.

SJ-07-0136 : Haujakan

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

soalan saudara amat ringkas yg menyebabkan maksud sebenar itu tidak sampai..kepada sesiapa sahaja yang hendak bertanya hendaklah soalan anda jelas supaya maksud sebenar daripada soalan yg hendak ditanya difahami dengan baik.

contohnya soalan ini..anda sepatutnya menerangkan lebih sedikit majlis yang dilakukan.

tapi sekiranya apa yang anda tanya ini ialah majlis zikir khatam khawajakan yang di lakukan di dalam Tareqat Naqsyabandiyyah maka ianya majlis yang direka-reka oleh puak-puak sufi dan tareqat.

saya dan menyebutnya di dalam buku saya Amalan berzikir ms48..

Al-Tijani seorang tokoh tarikat mengatakan:

“Termasuk bentuk wirid yang harus dilazimi dalam ajaran tareqat ialah tahlil sesudah solat Asar pada hari jumaat secara berjemaah. Sekiranya mereka mempunyai beberapa orang sahabat dalam satu kampung, semuanya harus dikumpulkan lalu berzikir secara bersama-sama. Itulah syarat di dalam tareqat.”

Seorang lagi tokoh tarikat al-Ribaathi menyebutkan:

“Meninggalkan zikir secara berjemaah tanpa uzur syar’ie walaupun hanya satu waktu sahaja, hukumnya haram dalam ajaran tareqat kami, ini disebabkan kerana perbuatan meninggalkan zikir berjemaah dianggap sebagai suatu sikap meremehkan dan ianya berbahaya kepada mereka yang menganggapnya remeh.

boleh rujuk di dalam buku hakikat Tareqat Naqsyabandiyyah, bab 10 khatam khawajakan

Di dalam kertas kerja yang bertajuk “Tarikat Naqshabandiyyah: Perkembangan dan sumbangan ikhwannya di Malaysia” oleh Dr. Abdul Manam bin Mohamad menyatakan:

“Dalam tarikat Naqshabandiyyah, terdapat dua jenis zikir utama iaitu zikir individu yang terdiri dari zikir lata’if dan nafi ithbat dan zikir berjemaah iaitu zikir khatam khujakan yang terdiri dari bacaan al-fatihah, selawat, surah al-insyirah, surah al-ikhlas dan kemudian selawat dengan susunan dan jumlah tertentu”

rujuk: Kemantapan rohani penjana negara maju, himpunan kertas-kertas kerja munaqashah sufi, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, ms: 56

maka amalan ini tidak berdasarkan sunnah Nabi s.a.w

wallahu a'lam