SJ-07-0153 : doa & zikir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0153 : doa & zikir

:salam sy ingin meminta pencerahan drpd ustz panel berkenaan 2 perkara.. 1.adakah ini doa yg kita baca bila membuang angin(kentot)..'allahumma adlihi fi fahmi syaitonnirrojim'..apakah ia tsabit dr alquran&hadith.. 2.berzikir dgn menggunakan zikir Hu,Hu haq,Hu allah,Ya hu adakah ini jg tsabit dgn alquran&hadith..jika tdk tsabit dgn 2 sumber yg kukuh ini adakah mengamalknnya blh menyebabkn kita terpesong(bknkah Hu 2 maksudnya Dia dn Dia 2 biasanye kita kaitkn dgn hanya allah).. ::?: Jzz

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0153 : doa & zikir

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Doa membuang angin (kentut) seperti yang disebutkan oleh saudara adalah doa yang tidak ada sandarannya dari Rasulullah saw.Sepanjang pencarian kami , tidak di temui lafaz doa sebegini yang perlu diucapkan seseorang ketika membuang angin.Cukup sekadar dengan menjaga segala adab dan tatasusila yang sopan sewaktu melepaskan angin tersebut.

Quote:
berzikir dgn menggunakan zikir Hu,Hu haq,Hu allah,Ya hu adakah ini jg tsabit dgn alquran&hadith..jika tdk tsabit dgn 2 sumber yg kukuh ini adakah mengamalknnya blh menyebabkn kita terpesong(bknkah Hu 2 maksudnya Dia dn Dia 2 biasanye kita kaitkn dgn hanya allah).

Berzikir dengan kalimah : HU…HU..HAQ , HU ALLAH , YA HU adalah suatu bentuk zikir yang tidak ada asalnya , malahan merupakan zikir yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Baginda saw.

Apakah terlalu susah untuk kita menyebut kalimah : SUBHANALLAH , AL HAMDULILLAH , ALLHU AKBAR atau kalimah LA ILAHA ILLALLAH atau apa sahaja zikir yang memang sahih dan thabit darii Baginda Rasulullah saw ??

Zikirlah sebanyak mana pun yang kita inginkan , tapi ikutlah zikir-zikir yang memang berasal dari Sunnah Rasulullah saw.Terlalu banyak bentuk zikir yang diamalkan serta disaran untuk diamalkan oleh Rasullullah saw.Jadi , kenapa kita perlu pilih yang lain dari yang di muktamadkan.??

WA ,

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com