SJ-07-0154 : bertakbir raya x boleh kecuali hari raya.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0154 : bertakbir raya x boleh kecuali hari raya.

:salam

soalan saya seperti diatas, dan kerap kali kita dengar nanti orang kubur menangis....adkh kita dilarang bertakbir raya pd bukan hari raya? Adakah petunjuk nabi sedemikian?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0154 : bertakbir raya x boleh kecuali hari raya.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Perintah bertakbir Eid adalah sebagaimana firman Allah swt :-

æóáöÊõßúãöáõæÇ ÇáúÚöÏøóÉó æóáöÊõßóÈøöÑõæÇ Çááøóåó Úóáóì ãóÇ åóÏóÇßõãú æóáóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó
dir="ltr">".....dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur [surah al-Baqarah : 185].

Syiekh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa maksud "supaya kamu membesarkan Allah" adalah : anda hendaklah membesarkan Allah didalam Hati dan Lidah kamu, dengan melaungkan takbir.

Imam al-Syafie rh berkata : Apabila mereka melihat hilal Syawwal, aku suka semua orang membaca takbir bersama-sama dan secara individu di masjid-masjid, pasar-pasar, jalan-raya, dirumah-rumah, baik bagi yang bermusafir atau yang bermukim, didalam keadaan mana mereka berada. Mereka hendaklah membaca takbir secara terbuka, terus bertakbir sehinggalah sampai kemasjid pagi esok harinya. Sehingga Imam keluar untuk bersolat [eid].

Imam al-Syafie rh menyatakan bahawa terdapat banyak riwayat, eg: Sa'ed ibn al-Musayyib, 'Urwah in al-Zubair, Abu Salamah dan Abu Bakar ibn Abdul Rahman bertakbir secara kuat sehinggalah solat esok harinya. Diriwayatkan juga dari Ibn Umar ra bahawa beliau bertakbir ditempat solat pada Hari Eid, apabila matahari sudah naik, sehinggalah Imam duduk dan mereka berhenti bertakbir [al-Umm, Kitab Solat al-Eidain, al-Takbir Lailata al-Fithri, ms 414].

Jelas ini menunjukkan beberapa sifat Takbir yang berbeza sedikit pada Hari Eid dibandingkan pada hari lain:-

a. Disunatkan bertakbir kuat bagi kaum lelaki secara beramai-ramai atau bersendirian.
b. Digalakkan bertakbir dimerata tempat seperti di pasar2, jalan-raya dan sebagainya.
c. Disunatkan bertakbir sehinggalah Imam keluar untuk bersolat Eid.
d. Terdapat beberapa amalan sahabat mengenai lafaz-lafaz tertentu didalam takbir eid.

Bagi hari biasa, bertakbir, bertahmid, bertasbih adalah sangat-sangat digalakkan juga, tetapi sifatnya bukanlah sebagaimana disebut diatas, yang menggambarkan keadaan gembira dan bersyukur diatas nikmat yang Allah berikan termasuklah nikmat menikmati kedatangan Hari Eid.

Akan tetapi, tidaklah dilarang secara khusus untuk orang bertakbir secara yang nyatakan diatas (secara kuat dan di tempat awam), akan tetapi ia tidak dituntut. Akan menjadi satu kepelikkan pula tiba-tiba ada orang bertakbir dipasar atau dirumah secara kuat pada hari-hari kebiasaan, dan berkemungkinan mengundang ria', ujub' (syok sendiri), atau fitnah; dianggap gila pula dsb.

Tidaklah ada nas yang menunjukkan takbir eid jika di baca pada hari-hari kebiasaan akan menyebabkan mereka yang berada didalam kubur akan menangis. Yang sebetulnya, beza takbir eid adalah ia dibaca secara kuat (secara ramai2 atau individu) dan dibaca kuat ditempat2 awam. Dari aspek zikir, Takbir tetap takbir, ia tetap zikir yang membesarkan Allah swt, cuma cara bacaannya berbeza, dan bukan lagunya. Allahu Akbar!!WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين