SJ-07-0164 : ziarah kubur wkt aidilfitri

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0164 : ziarah kubur wkt aidilfitri

:salam ,
maaf kalau soalan ini telah dijawab,

soalan saya, adakah ziarah kubur wkt dua eid adalah haram secara total?
bagaimana pula dgn mereka yang hanya dapat pulang ke kampung sekali sekala pada hari raya sahaja?

WA,

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0164 : ziarah kubur wkt aidilfitri

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Menziarah kubur ini adalah sunnah Nabi :saw. Cuma, Nabi :saw tidak pernah memilih hari tertentu untuk menziarah kubur. Malah, baginda pernah menziarahi kubur pada waktu malam sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra.

Kalau memang kebetulan waktu melawat kubur itu adalah kerana sempana cuti Eid, tidaklah ia merupakan suatu kesalahan. Yang perlu dielakkan adalah menjadikan lawatan ke kubur itu satu kemestian pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat atau hari Eid.

Seseorang itu harus tahu apa tujuan dia menziarahi kubur. Diantaranya adalah :-

a. Menziarahi kubur mengingatkan seseorang itu akan kematian dan hari Akhirat. Sabda Nabi :saw :-

ÒæÑæÇ ÇáÞÈæÑ ÝÅäåÇ ÊÐßÑßã ÇáÇÎÑÉ
dir="ltr">"Ziarahilah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kamu akan Akhirat"

b. Mereka yang mati jua mendapat kebaikkan dari SALAM dan do'a dari orang yang melawatnya. Do'a itu hendaklah memohon Allah mengampunkan dosa-dosa dan merahmati mereka.

ÇáÓáÇã Úáíßã Ãåá ÇáÏíÇÑ ¡ ãä ÇáãÄãäíä æÇáãÓáãíä¡æÅäÇ Åä ÔÇÁ Èßã áÇÍÞæä ÃÓÃá Çááå áäÇ æáßã ÇáÚÇÝíÉ
dir="ltr">"Selamat Sejahtera kepada kamu wahai Ahli Kubur, dari kalangan orang beriman dan orang Islam, sesungguhnya kamu akan menyertai kamu, Aku memohon dari Allah untuk keselamatan kami dan kamu"

Seseorang yang berdo'a hendaklah mengadap mukanya kearah kiblat, dan bukan kearah kubur.

Apabila jelas niat kita untuk menziarahi kubur, dan kebetulan pula masa yang ada cuma hari Eid, maka tidaklah dilarang. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين