SJ-07-0185 : Perihal Nazak.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0185 : Perihal Nazak.

:salam

1.Apakah perkara yang paling afdal dilakukan kepada seseorang islam ataupun kaum keluarga pesakit yang sedang nazak.

2.Bolehkah seseorang yang sedang nazak mendengar ahli-ahli keluarganya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ataupun membaca di telinga secara kuat sebutan "allah" dan menyuruh orang yang sedang nazak mengucapkannya.

3.Sekiranya seseorang yang sedang nazak kelihatan gelisah dan cuba berkata tetapi tidak boleh,apakah perkara yang terbaik dilakukan.

4.Bolehkah seseorang wanita mendirikan sunat solat jenazah dan bagaimana kedudukan saf mereka semasa solat dijalankan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0185 : Perihal Nazak.

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Ada beberapa perkara yang digalakkan untuk kita lakukan ketika mengadap orang yang nazak. Diantaranya :

- Hendaklah kita menTalkin kepada orang yang nazak dengan ucapan ‘Lailahaillallah”. Sabda Nabi :saw :-

áÞäæÇ ãæÊÇ ßã áÇ Åáå ÅáÇ Çááå
dir="ltr"> “Talkinkan kepada mereka yang menghadapi Maut dengan Lailahaillallah”

Sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-

ãä ßÇä ÂÎÑ ßáÇãå áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ÚäÏ ÇáãæÊ ÏÎá ÇáÌäÉ íæãÇ ãä ÇáÏåÑ
dir="ltr">“Barangsiapa yang pada akhir kalamnya berkata Lailahaillallah ketika menghadapi maut akan masuk syurga pada suatu masa nanti…..”

Begitu juga hadith berikutnya :-

ãä ãÇÊ áÇ íÔÑß ÈÇááå ÔíÆÇ ÏÎá ÇáÌäÉ
dir="ltr">“Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka ia akan masuk syurga” [Hadith Riwayat Muslim].

- Hendaklah seseorang itu tidak menyuruh orang yang sedang nazak itu melafazkan syahadah, akan tetapi memadai membaca kalimah “áÇ Åáå ÅáÇ Çááå” . Hendaklah seseorang itu mentalkinkan bacaan tersebut tanpa mengeraskan suaranya.

- Hendaklah kita mendo’akannya dan janganlah berkata-kata dihadapannya melainkan perkara yang baik, sebagaimana hadith Ummu Salamah bahawa Nabi :saw bersabda :-

ÅÐÇ ÍÖÑÊã ÇáãÑíÖ Ãæ ÇáãíÊ ¡ÝÞæáæÇ ÎíÑÇ ¡ÝÅä ÇáãáÇÆßÉ íÄãäæä Úáì ãÇ ÊÞæáæä
dir="ltr">“Apabila kamu mendatangi orang yang sakit atau yang menghadapi maut, maka berkatalah perkataan yang baik-baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengAminkan ucapan kamu” [Hadith Riwayat Imam Muslim, al-Baihaqi].

- Ulama’ khilaf mengenai status hadith yang menggalakkan seseorang itu membaca surah Yasin ketika berdepan dengan orang yang sedang nazak. Didalam sebuah riwayat dari Muqbil bin Yasar ra. ada menyebut, bahawa Nabi :saw bersabda :-

ÇÞúÑóÁõæÇ íÓ Úóáóì ãóæúÊóÇßõãú
dir="ltr">“Bacalah Yassin bagi mereka yang menghadapi maut” [Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud].

Dikalangan muhadith ada yang mendhaifkan hadith ini. Jumhur Imam mazhab, tidak termasuk Maliki, menggalakkan membaca Yassin ketika seseorang itu nazak (dan bukan selepas dia meninggal dunia).

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz ketika membincangkan khilaf ini menyebut, walau bagaimanapun adalah sesuatu yang baik membaca al-Quran dihadapan orang sakit (dan nazak), dan moga2 Allah memberi munafaat kepadanya. [Fataawa Ibn Baaz, 13/93].

------------------

Solat jenazah disyariatkan kepada lelaki dan wanita. Sabda Nabi :saw :-

ãä ÔåÏ ÇáÌäÇÒÉ ÍÊì íÕáí ÚáíåÇ Ýáå ÞíÑÇØ ¡ æãä ÔåÏåÇ ÍÊì ÊÏÝä Ýáå ÞíÑÇØÇä ¡ Þíá íÇ ÑÓæá Çááå ¡ æãÇ ÇáÞíÑÇØÇä ¿ ÞÇá : ( ãËá ÇáÌÈáíä ÇáÚÙíãíä ) íÚäí ãä ÇáÃÌÑ
dir="ltr"> “Barangsiapa menyaksikan jenazah sehingga dia selesai melaukan solat akan mendapat 1 Qirat (ganjaran), dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga ia dikebumikan akan mendapat 2 Qirat. Telah bertanya : Ya Rasulullah, apakah makna 2 Qirat? Baginda berkata : Seperti 2 gunung; ia itu ganjarannya” [Hadith Muttafaq ‘alaih].

Saf solat lelaki dan wanita didalam solat jenazah adalah sebagaimana didalam solat jemaah yang lain. WA.

Rujukan : - Syeikh Nasyiruddin al-Albani. “Ahkam al-Janaaiz”.

Sekian, wassalam

خيرالأمين