SJ-08-0040 : Telan kahak ketika puasa?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0040 : Telan kahak ketika puasa?

Assalamu'alaikum,
sy ada satu kemusykilan mengenai puasa.
adakah menelan kahak ketika puasa akan membatalkan puasa?
adakah dalil2 yg menyokong pernyataan ini?
kahak berasal dr dlm badan sama spt air liur,adakah berbeza hukumnya kahak dgn air liur?

harap dpt pencerahan dlm hal ini.
wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-08-0040 : Telan kahak ketika puasa?

wa'alaikumusalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kahak itu kotor, kalau boleh hendaklah dibuangkan. Walaupun begitu, ia tidak membatalkan puasa. Kata beliau :-

æáßäåÇ áÇ ÊõÝØÑ ÇáÕÇÆã ÅÐÇ ÇÈÊáÚåÇ º áÃäåÇ áã ÊÎÑÌ ãä ÇáÝã ¡ æáÇ íõÚÏ ÈáÚåÇ ÃßáÇð æáÇ ÔÑÈÇð ¡ Ýáæ ÇÈÊáÚåÇ ÈÚÏ Ãä æÕáÊ Åáì Ýãå ÝÅäå áÇ íõÝØÑ ÈåÇ .
dir="ltr">"Akan tetapi ia (kahak) tidak membatalkan puasa jika ditelan! Kerana sesungguhnya ia tidak keluar dari mulut, dan ia tidak ditelan sebagai makanan atau minuman, dan jika menelannya setelah sampai ke mulut, ia tidak membatalkan puasanya" [al-Sharh al-Mumthi' ala Zaadil Mustaqni', 6/248].

Fatwa IslamOnline juga menyebut bahawa pandangan yang agak benar adalah menelan kahak tidak membatalkan puasa kerana ia termasuk didalam bab kesukaran / kesusahan bagi seseorang membuangkan kahak pada setiap kali. Walaubagaimanapun, jika menelan itu dilakukan tidak sengaja, sepakat ulama' mengatakan tidak batal.[http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=wyEX42]

Dr Abdullah al-Faqih juga mengkelasifikasikan isu menelan / tertelan kahak sebagai isu ketidak upayaan atau kesukaran seseorang itu membuang kahak, dimana Allah swt tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak mampu mereka elakkan. Firman Allah swt :-

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ
dir="ltr">"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." [Surah al-Baqarah : 286]
(http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=43292&Option=FatwaId)

Sekian, wassalam

خيرالأمين