SJ-08-0134 : 18SX - Berbuka Puasa (dengan berjima')

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0134 : 18SX - Berbuka Puasa (dengan berjima')

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Baru2 ini saya ada bertemu dengan rakan lama dari seberang. Di sebalik jenaka yang dilemparkan oleh teman tersebut, tersentuh hati saya untuk mendapat jawapan tentang satu statement yang dibuat beliau. Saya tidak pasti samada ia hanyalah gurau senda beliau ataupun ianya benar2 berlaku.

Beliau berseloroh dengan saya (sewaktu suami kami berbual2) tentang perihal buka puasa arab. Apa yang dimaksudkan dengan buka puasa arab ialah, apabila azan maghrib berkumandang, suami dan isteri berbuka puasa dengan menjalin hubungan intim dimana zakar suami dimasukkan ke dalam faraj isteri tanpa berbuka dengan tamar ataupun air. Boleh saya tahu apakah hukumnya di sini sekiranya ia terjadi di bulan Ramadhan? Penerangan/pencerahan pihak Al-Ahkam amat saya nantikan. Terima kasih.

Ummu Abdullah.

Re: 18SX - Berbuka Puasa (dengan berjima')

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Sebagaimana kita semua tahu, keutamaan segera berbuka puasa dengan tamar atau air merupakan salah satu dari sunnah Nabi :saw. Mengenai persoalan berbuka puasa dengan cara berjima’ dengan isteri, tidak pula terdapat kelebihannya dibincangkan didalam kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Namun demikan, disana ada sebuah riwayat yang dicatat oleh Imam al-Thabarani bahawa :

محمد بن سيرين قال ربما أفطر ابن عمر على الجماع
“Berkata Muhamad bin Sirin - kemungkinan Ibn Umar berbuka puasa dengan berjima’” [al-Mu’jam al-Kabir, 12/269].

Al-Haithami (al-Majmaa’, 3/156) mengatakan bahawa sanadnya Hasan. Menurut Badruddin al-‘Ayni (Umdah al-Qari, 11/66) : sebagaimana yang kami riwayatkan dari Ibn Umar ra, bahawa kemungkinan dia berbuka puasa dengan berjima’ yang diriwayatkan oleh Tabarani dari Mohamad ibn Sirim dimana baginya sanadnya sahih dan boleh membawa kemungkinan kepada 2 perkara :

1. Keinginannya (Ibn Umar) yang kuat, dimana apabila berpuasa ia memutuskan keinginan syahwatnya.
2. Kemungkinan adalah keputusan yang dicapai dengan ahlinya (isterinya) dan mereka berkemungkinan tidak menyukai sesuatu makanan yang ada ketika itu.

Para ilmuan ada menyebut bahawa samada sahih dan dhaef riwayat ini , ia menunjukkan bahawa isu pengharusannya jelas, dan tidaklah berkata dengan niat buruk, bahkan berkata : sesungguhnya adalah sunnah berbuka dengan kurma atau air, dan yang berbuka dengan berjima’ sesungguhnya adalah kerana keinginan syahwat yang kuat.

Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah harus berbuka dengan berjima’ dengan alasan seseorang itu mempunyai keinginan yang kuat, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين