SJ-09-0023 : Masuk ke Mekkah tanpa berihram.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0023 : Masuk ke Mekkah tanpa berihram.

InsyaAllah, saya sekeluarga akan pergi mengerjakan umrah pada hari khamis 3 April ini. Saya membawa 5 orang anak-anak saya berumur antara 7 tahun ke 17 tahun. Kami menguruskan perjalanan kami sendiri melalui time-sharing dan tidak mengikuti mana-mana package umrah. Kami akan turun di Madinah dan akan berangkat ke Mekkah pada hari Sabtu.
Soalan saya : Memandangkan keadaan saya ini dengan ramai kanak-kanak, dan untuk memudahkan perjalanan, bolehkah kami terus ke Mekkah tanpa berihram, yakni tanpa berniat umrah dimiqat (Zul Hulaifah / Bir Ali), dan setelah sampai di Mekkah, setelah semua orang dah settle down dan rehat, barulah kami sekeluarga memakai ihram dan pergi bermiqat di Tanaim dan seterusnya barulah kami mengerjakan umrah.
Sekian. Jazakallah.
Minta jawapan dengan kadar segera..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0023 : Masuk ke Mekkah tanpa berihram.

wa'alaikumussalam

Berikut adalah jawapan yang lepas mengenai pesoalan anda :-

SJ-09-0009 : hukum berihram wrote:
Apa yang di maksudkan oleh saudara ialah tidak berniat ihram di miqat dan terus memasuki Makkah. Niat merupakan ketentuan sesuatu ibadat. Jika memang seseorang itu tidak berniat Umrah atau Haji, maka tidak ada apa-apa baginya melalui kawasan miqat tanpa berniat ihram.

Situasi ini mungkin berlaku pada mereka yang bekerja di Makkah dan setiap hari berulang-alik ke Taif misalnya. Contoh lain : Pemandu Bas yang membawa penumpang Umrah dari Madinah ke Makkah, beliau tidak perlu berihram, kerana niatnya untuk menghantar penumpang sahaja.

Syeikh Ibn Utsaimin rh, bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah ditanya mengenai hal mereka yang melalui miqat akan tetapi tidak berniat Ihram, jawab beliau :-

ãä ÊÌÇæÒ ÇáãíÞÇÊ ÈÏæä ÅÍÑÇã ÝáÇ íÎáæ ãä ÍÇáíä : ÅãÇ Ãä íßæä ãÑíÏÇð ááÍÌ æÇáÚãÑÉ : ÝÍíäÆÐò íáÒãå Ãä íÑÌÚ Åáíå áíÍÑã ãäå ÈãÇ ÃÑÇÏ ãä ÇáäÓß – ÇáÍÌ Ãæ ÇáÚãÑÉ - ÝÅä áã íÝÚá ÝÞÏ ÊÑß æÇÌÈÇð ãä æÇÌÈÇÊ ÇáäÓß ¡ æÚáíå ÚäÏ Ãåá ÇáÚáã ÝÏíÉ : Ïã íÐÈÍå Ýí ãßÉ ¡ æíæÒÚå Úáì ÇáÝÞÑÇÁ åäÇß .

æÃãÇ ÅÐÇ ÊÌÇæÒå æåæ áÇ íÑíÏ ÇáÍÌ æÇáÚãÑÉ : ÝÅäå áÇ ÔíÁ Úáíå

dir="ltr">"Jika seseorang melalui Miqat tanpa memasuki Ihram, salah satu dari 2 scenario ini boleh diaplikasikan :-

- Samada dia berniat untuk melakukan Haji atau Umrah, dan dalam kes ini dia kena kembali ke Miqat dan berniat Ihram bagi ibadat Haji atau Umrah yang dia ingin lakukan : Jika dia tidak melakukan demikian, maka dia telah meninggalkan perkara wajib didalam Ibadat Haji/Umrah. Keatas ini menurut ulama' dia dikenakan fidyah : dam menyembelih kambing di Makkah, diedarkan kepada orang fakir disana.

- Atau jika dia melaluinya (miqat) tanpa berniat Haji atau Umrah, maka tiada ada apa-apa baginya." {Majmu' Fataawa al-Syiekh Ibn Utsaimin, Jld 12 Soalan : 341).

Bagi anda yang bermusafir dari Malaysia ke Madinah atau ke Makkah, sudah tentulah berazam atau memasang niat untuk menunaikan Umrah, maka berihramlah di Miqatnya. Tidak mungkin, seseorang yang pergi ke Makkah, setelah membayar beribu ringit tidak berazam untuk menunaikan Umrah? Bagi mereka yang datang dari Madinah, berihramlah di Bir Ali. Bagi mereka yang terus ke Makkah melalui kapal terbang yang mendarat di Jeddah, maka ia akan melalui salah satu dari miqat ini - Qarnul Manazil, Juhfah atau Zulhulaifah.

Malahan, menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh, bagi mereka yang ingin melawat sahabat di Jeddah, dan mempunyai niat untuk menunaikan Umrah juga, dia dikehendaki melakukan Ihram di Miqat, sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. {Majmu' Fataawa al-Syiekh Ibn Utsaimin, 21/329).

Kesimpulannya, bagi mereka yang mempunyai Niat untuk menunaikan Umrah, hendaklah dia berihram di Miqat, sebelum memasuki Makkah. Jika tidak demikian, maka dia dikenakan dam. WA.

خيرالأمين