SJ-09-0046 : URGENT!!...miqat atas flight

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0046 : URGENT!!...miqat atas flight

:salam

Moga dirahmati Allah...

Maaf, kerana persoalan ini memerlukan jawapan segera dari pihak panel..

1) Bagaimana etika ketika hendak berihram di flight?
2) Bagaimana hendak tahu sudah sampai tempat miqat ketika di flight?
3) Mungkin tuan bleh bagi tatacara terbaik utk berihram di atas flight....

Sekian, terima kasih, :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: URGENT!!...miqat atas flight

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami ingin meminta maaf banyak2 kerana tidak dapat menjawab soalan ini dengan kadar segera. Sekadar tambahan kepada penjelasan Ustaz albaruhiyy (http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=100&t=39610)

Seseorang yang ingin menunaikan Haji atau Umrah hendaklah memulakan ihram di Miqat. Miqat bagi ihram Haji atau Umrah iaitu :-

1. Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada masa jemaah Malaysia datang melalui kapal Haji, dikawasan ini mereka akan berihram.

2. Abar Ali atau Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan kenderaan darat.

3. Juhfah (Rabigh) – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin, dsb.

4. Zaatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.

5. Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapalterbang

Jika anda terbang terus dalam Malaysia ke Jeddah, Qarnul Manazil merupakan miqat anda didalam pesawat. Qarnul Manazil ini adalah lebih kurang 1 jam sebelum sampai Jeddah.

Bagi mereka yang transit, maka mereka bergantung kepada kedudukan negara tersebut. Jika transit di Jordan, maka Juhfah merupakan tempat Miqatnya, Atau jika transit di Bahrain, maka Miqatnya masih Qarnul Manazil.

Soalan 1 : Etika berihram dipesawat sama sahaja syarat2 ihram didarat. Pastikan menjaga larangan lhram. Apabila diumumkan akan melepasi kawasan Miqat, hendaklah berniat Haji/Umrah dan diikuti dengan bacaan talbiah.

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك.
Bagi jemaah Malaysia yang penerbangannya terus ke Jeddah, maka dinasihatkan agar memakai awal2 lagi pakaian ihram. Bagi yang transit, bolehlah memakainya ditempat pesawat transit.

Soalan 2 : Setengah jam sebelum melepasi kawasan Miqat, pilot akan membuat pengumuman. Ulama' membenarkan niat ihran dilakukan sebelum melepasi kawasan miqat, kerana ia lebih menenangkan, ditakuti melepasi kawasan miqat dan dikenakan dam. Berihram dimiqat merupakan wajib Haji bagi keempat2 Mazhab.

Soalan 3 : Sebagaimana yang kami nyatakan didalam jawapan kepada soalan nombor satu. Sebelum terbang, pastikan melakukan sunat2 sebelum ihram, seperti memotong kuku, memotong bulu kemaluan, memotong rambut, memakai minyak wangi, dsb. Memakai pakaian ihram yang bersih.

Setelah pilot membuat pengumuman telah berada di tempat miqat, maka bolehlah berniat ihram dan diteruskan dengan bacaan talbiah. Pastikan menjaga larangan ihram.

Sekian, wassalam

خيرالأمين