SJ-09-0048 : URGENT! - Keliru pada saie...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0048 : URGENT! - Keliru pada saie...

:salam

Moga dirahmati Allah...

Soalan saya kali nie...berstatus urgent...maaf jika ia merumitkan kepada sekalian panel...

Merujuk kepada Soalan dan Jawapan : Tatacara & Tips untuk Umrah http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=100&t=26694...saya ada satu kemusykilan yg memerlukan pencerahan dan syarah yg lebih lanjut dari para panel sekalian...

Iaitu:

1) Rujuk pada jawapan 'Cara Melakukan Umrah' perkara 'Ketiga'...
Kemudian keluarlah menuju Safa dan naiklah ke atasnya sambil menghadap Ka'bah, bacalah tahmid serta takbir tiga kali sambil mengangkat kedua tangan, dan bacalah do'a serta ulangilah setiap do'a tiga kali sesuai dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan ucapkanlah :
"La ilaha illallah wahdahu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syain qadiir, la ilaha illallah wahdahu anjaza wa'dah, wa nashara 'abdah wahazamal ahzaaba wahdah"

2) Rujuk pada jawapan...Ketiga : Beberapa Kesalahan Dalam Sa'i.
1. Ada sebagian jama'ah haji, ketika naik ke atas Safa dan Marwah, mereka menghadap Ka'bah dan mengangkat tangan ke arahnya sewaktu membaca takbir, seolah-olah mereka bertakbir untuk shalat. Hal ini keliru, karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mengangkat kedua telapak tangan beliau yang mulia hanyalah di saat berdo'a. Di bukit itu, cukuplah membaca tahmid dan takbir serta berdo'a kepada Allah sesuka hati sambil menghadap Kiblat. Dan lebih utama lagi membaca dzikir yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, saat beliau di bukit Safa dan marwah.

Persoalannya sikit jer...tapi mahu mendapat kepastian mengikut sunnahnya macam mana...iaitu:

1) Mengangkat tangan....yang menjadi salah adalah mengangkat tangan umpama takbir seperti di para (2)...yg benarnya mengangkat tangan dengan bermaksud berdoa seperti di para(1)...begitukah???mungkin tuan panel bleh huraikan skit...

2) Tahallul...bagi lelaki /perempuan adakah ia boleh menggunting rambutnya sedikit??..atau menyuruh org lain yg telah bertahallul menggunting rambutnya??

3) Apakah etika atau ibadah sunat yg boleh dilakukan dari mula2 masuk Masjidil Haram sehinggalah untuk memulakan tawaf Umrah/Qudum??

4) Apakah perbezaan antara tawaf qudum dan umrah???...

Sekian, terima kasih, wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: URGENT! - Keliru pada saie...

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jawapan 1 – Yang dimaksudkan dengan angkat tangan ialah, setelah selesai melakukan Thawaf :-

ثم اخرج إلى الصفا واصعد عليه مستقبلاً الكعبة واحمد الله تعالى وكبره ثلاثاً رافعاً يديك، وادع وكرر الدعاء ثلاثاً هذا هو السنة وقل[لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد وهو على كل شئ قدير, لا إله إلا الله وحده أنجز وعده ونصر عبده.
“Kemudian keluarlah menuju Safa dan naiklah ke atasnya sambil menghadap Ka'bah, dan membaca tahmid serta takbir tiga kali sambil mengangkat kedua tangan, dan bacalah do'a serta ulangilah setiap do'a tiga kali dan perbuatan ini adalah sunnah, dan ucapkanlah : "La ilaha illallah wahdahu laa syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syain qadiir, la ilaha illallah wahdahu anjaza wa'dah, wa nashara 'abdah wahazamal ahzaaba wahdah"

Maksudnya memulakan Saie dengan membaca do’a sambil mengadap ka’bah dengan menadah kedua-dua tangan.

Yang dikatakan kesalahan pada waktu Saie adalah setiap kali melihat Ka’bah semasa bergerak di antara Safa dan Marwa, jemaah akan sentiasa mengangkat tangan seperti takbir dialam solat. Kitab ini menyebut bahawa perbuatan ini tidak dilakukan oleh Nabi :saw, kerana Nabi hanya mengangkat tangan untuk berdo’a sahaja.

Jawapan 2 - Menurut Shiekh Utsaimin rh, seseorang itu boleh mengunting rambutnya sendiri, atau memohon orang lain memotongkan untuknya. Ini berbeza dengan pandangan setengah pandangan yang melarang seseorang memotong rambutnya sendiri. [Sharh al-Mumthi’ ‘ala Zaadil Mustaqni’, 7/328].

Kadar potongan rambut menurut Mazhab Syafie ialah dengan kadar 3 helai rambut, dan Mazhab lain berpendapat memotong keseluruhan rambut atau membotakkannya. Sekiranya seseorang itu melakukan Haji Tamattu’ maka bolehlah dia memotong rambutnya pendek seluruhnya pada Tahallul Umrah, dan mencukur kepalanya selepas selesai Tahallul Haji.

Jawapan 3 – Diantara amalan-amalan sunat semasa sampai di Makkah :-

1. Mandi sunat sebelum masuk Makkah

2. Banyakkan membaca talbiah, dan putuskan bacaan talbiah apabila sampai ke Ka’bah sebelum memulakan Thawaf.

3. Masuk melalui Bab al-Salam.. Masuk ke Masjid al-Haram dengan kaki kanan dan membaca :

اللهم صلّ على محمد وسلم ، اللهم افتح لي أبواب رحمتك

أعوذ بالله العظيم ، وبوجهه الكريم ، وسلطانه القديم ، من الشيطان الرجيم

Ketika melihat ka’bah, hendaklah bertahlil dan bertakbir sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat ka’bah adalah mustajab:

اللهم اجعلني مجاب الدعوة في الخير

أعوذ برب البيت من الدين والفقر ومن ضيق الصدر وعذاب القبر

اللهم إني أسألك أن تغفر لي وترحمني وتفك رقبتي من النار

4. Nabi :saw juga menganjurkan membaca :

اللهم أنت السلام ، ومنك السلام فحينا ربّنا بالسلام

Jawapan 4 – Thawaf Qudum merupakan thawaf selamat datang kepada mereka yang baru sampai ke Mekah. Thawaf ini adalah sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Thawaf Qudum juga dikenali sebagai Thawaf Tahiyya. Ia dilakukan sebagai penghormatan kepada Tanah Haram.

Bagi mereka yang memasuki Mekah dengan Haji Tamattuk atau pun Umrah sahaja, Thawaf Qudum secara otomatik berlaku apabila melakukan Thawaf Umrah. Thawaf Umrah juga merupakan rukun kepada ibadat Umrah. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين