SJ-10-0038 : Persoalan berkenaan aqiqah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0038 : Persoalan berkenaan aqiqah

Assalamualaikum…. :8:

Saya pernah bertanya kepada sahabat saya berkenaan aqiqah iaitu berkenaan haiwan sembelihan. Sahabat saya ini menjawab bahawa terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dari At-Thabrani dari Anas secara marfu’, yang berbunyi:
Bayi yang baru lahir diaqiqahi dengan unta, sapi dan kambing.

Dia menambah lagi bahawa hadis ini terdapat dalam kitab Mu’jam Shaghir.

Pesoalannya, saya jadi keliru sebab saya rasa saya pernah terbaca di dalam Kitab Al-Bukhari iaitu pada hadis 5472 (kalau tak salah saya la ) yang berbunyi:
‘Aqiqah dilaksanakan kerana kelahiran bayi, maka sembelihlah haiwan untuk kelahirannya’

Dan baru-baru ini saya ada terjumpa suatu artikel berkenaan aqiqah, saya terjumpa sebuah lagi hadis iaitu

Dari Abdullah bin ‘Amr: Rasulullah s.a.w pernah ditabya tentang aqiqah, maka beliau menjawab: Saya tidak menyukai ‘uquq, seolah-olah beliau membenci istilah tersebut (aqiqah). Para sahabat bertanya , Wahai Rasulullah ! Apa yang akan kami perbuat jika salah seorang di antara kami melahirkan bayi? Beliau menjawab : Barangsiapa di antara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi, maka hendaklah ia dilakukan, untuk lelaki 2 ekor kambing yang sama dan untuk perempuan satu ekor kambing.
(dalam nota kaki ditulis: Sanad hadis ini hasan, diriwayatkan oleh Abu Daud (2843), an-Nasa’I (7/162-163), Ahmad (2286-3176) dan Abdur Razzaq (4/330) sebagaimana lafaz yang tercantum di atas, dan disahihkan oleh Al-Hakim (4/238))

Soalan saya:
1. Apakah jenis-jenis haiwan sembelihan yang boleh diaqiqahkan ? ( keliru dengan hadis yang sahabat saya sebut bahawa hanya unta, sapi dan kambing sahaja)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0038 : Persoalan berkenaan aqiqah

:wassalam

alJawab:

1. Hadith Thabrani dari Anas itu adalah hadith dha'if (al-Albani, alIrwaa', 1168)

2. Adapun haiwan akikah samada mutlak (khusus) dgn kambing atau sah dgn selain kambing adalah perkara khilafiah. madzhab Syafi'iy mengqiaskan akikah dengan kurban dan menggunapakai hadith mujmal (umum) yakni boleh dengan haiwan spt lembu, kerbau atau unta.

3. ahli hadith dan atsar menggunakan hadith yg khusus menyebut kambing dan sejenis dengannya spt kibasy dan biri-biri. ini pendapat al-Albani, Ibn Qayyim dan Ibn taymiyah dan madzhab Hanbali.
(Ibn Qayyim, Tuhfatul Maudood bi Ahkam alMaulood, Kaherah, maktabah mutanabbi)

Kalau kita menggunakan kaedah fiqh Taysir (fiqh yg mudah), kambing dgn lembu amat jauh harganya. Maka sudah tentu memilih kambing lebih murah dan memudahkan berbanding lembu. Cth: seekor kambing berharga sekitar RM 400, tapi lembu mencecah RM 1800.

sekian