SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional

:salam

Saya ada sedikit kemusykilan berkenaan dengan bank Islam. Bank Islam ada mengenakan interest yang selalu dirujuk sebagai caj perkhidmatan bagi pinjaman yang dibuat. Caj perkhidmatan selalu dirujuk sebagai pembiayaan untuk membayar gaji pekerja, memberi dividen untuk pelabur dsb. Apakah beza caj perkhidmatan ini dengan bank konvensional (yang turut menggunakan modus operandi yang sama; membayar hasil interest untuk membayar gaji, dividen dsb). Bukankah dalam Islam seseorang penghutang itu hanya perlu membayar jumlah wang tanpa lebihan sesen pun kepada pemiutang. Petikan hadis berikut;

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Hakim dan dishahihkan oleh beliau sendiri, dijelaskan, "Bahwa satu dirham dari hasil riba jauh lebih besar dosanya daripada berzina 33 kali".

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dengan sanad yang shahih dijelaskan, "Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari hasil riba dan dia paham bahwa itu adalah hasil riba maka lebih besar dosanya daripada berzina 36 kali".

Berkenaan dengan bayaran gaji pekerja, niat tidak membenarkan cara dalam Islam. Hasil dari yang haram, haram juga untuk membiaya sesuatu yang lain; yang baik atau sebaliknya.Petikan hadis berikut;

Orang-orang yang bekerja sama dan pemakan riba, sama-sama tercakup dalam laknat yang disabdakan oleh Rasulullah shallahu ‘alahi wasallam, "Allah telah melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan (hasil) riba, pencatatnya serta kedua saksinya". (HR.Muslim). Beliau bersabda lagi, "Mereka itu semua sama saja.” (dalam andil menjalankan riba, red).

Riba tidak dibenarkan kerana akan berlakunya aniaya dalam masyarakat. Dalam bank konvensional, bayaran interest dikenakan, maka penghutang perlu lebih dari yang dihutanginya. Dalam bank Islam, caj perkhidmatan dikenakan, pembayar juga perlu membayar lebih dari yang sepatutnya. Bukankah ini juga merupakan satu bentuk penganiayaan?Adakah dengan hanya menukar nama istilah pengambilan lebihan wang ini telah dapat 'menghalalkan' wang tersebut?Maka relevankah bank Islam dalam menuju keredhaan Allah (S.W.T)?

Mohon penjelasan dari pihak panel feqh Al-Ahkam. Terima kasih....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional

:wassalam

alJawab:

Sekarang bukan lagi masa nak bahas konsep interest yg dikenakan oleh perbankan syari'ah. ini kerana Akta Bank Islam telah dibahaskan 23 tahun yg lalu sebelum ia diluluskan di parlimen Malaysia pada 1982.

Ustaz Zaharudin kita pun terlibat dengan perbankan syari'ah dan adalah tidak benar sama sekali, perbankan Islam menggunakan konsep interest yg bermodelkan perbankan Barat.

Oleh kerana perbankan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia adalah di bawah akta syarikat, maka sudah tentu perbankan Islam beroperasi di bawah tuntutan perniagaan yakni memberi pulangan kepada pemegang2 sahamnya.

Maka dalam realiti yg ada, tidak mungkin akan ujud sebuah bank Islam yg mana dia beroperasi secara kebajikan tanpa mengambil apa2 keuntungan atau mengenakan apa-apa caj kepada pelanggan.

kalau baitul Mal mungkin boleh.

sekian

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional

Salam,

syukran kpd ust thtl atas respond..

dan ana ingin memberi respond spontan tambahan kpd soalan..

Quote:
Bank Islam ada mengenakan interest yang selalu dirujuk sebagai caj perkhidmatan bagi pinjaman yang dibuat. Caj perkhidmatan selalu dirujuk sebagai pembiayaan untuk membayar gaji pekerja, memberi dividen untuk pelabur dsb. Apakah beza caj perkhidmatan ini dengan bank konvensional (yang turut menggunakan modus operandi yang sama; membayar hasil interest untuk membayar gaji, dividen dsb). Bukankah dalam Islam seseorang penghutang itu hanya perlu membayar jumlah wang tanpa lebihan sesen pun kepada pemiutang. Petikan hadis berikut;

Beza caj yang dikenakan oelh bank islam dan konvensional di sini adalah aqad (kontraknya) atau asas urusniaga itu..bank konvensional menggunakan kontrak pinjaman ...dan pinjaman dalam islam tidak boleh ada sebarang lebihan dari jumlah yang di pinjam...kaedah dalam hal ini adalah "Kullu qardhin Jarru naf'an Fahuwa Riba" ...

justeru, foundation kontrak adalah "pinjam meminjam" maka setiap lebih di anggap riba yang menindas..kerana kontrak pinjam meminjam dlm islam adalah suatu aqad rifq atau di dasari oleh belas dan sikap bantu membantu..

Mankala, dalam pengamalan Bank Islam ..anda tersilap besar jika mengatakan pinjaman secara Islam atau pinjaman dari Bank Islam..kerana Bank Islam di Malaysia tidak memberi sebarang pinjaman atau memeteri kontrak pinjaman tetapi kontrak yang digunakan adalah kontrak jual beli yang di halalkan untuk di ambil keuntungan mahupun caj servis.

so beza di sini adalah kontrak ..

"wa ahallahu al-bai'a wa harramar Riba" Bank Islam asas transaksi adalah jual beli yang harus harga berbeza dan di caj servis dsbgnya..mankala bank konvensional kontrak pinjaman yang menindas. yang haramkan ambil faedah kewangan darinya.

Quote:
Dalam bank Islam, caj perkhidmatan dikenakan, pembayar juga perlu membayar lebih dari yang sepatutnya. Bukankah ini juga merupakan satu bentuk penganiayaan?Adakah dengan hanya menukar nama istilah pengambilan lebihan wang ini telah dapat 'menghalalkan' wang tersebut?Maka relevankah bank Islam dalam menuju keredhaan Allah (S.W.T)?

Jika anda dah faham beza dua kontrak tadi ...soalan ini tak timbul sama sekali.

sila baca artikel ana tentang riba untuk dapat gambaran selanjutnya.

wallahu a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0034 : Bank Islam vs Bank Konvensional

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Disini saya kepilkan file didalam format word Artikel Ustaz Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman (UZAR) bagi tatapan anda semua...

Tajuk artikel : Islamic Banking Financing : Rate not competitive ?

url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=download&id=5

Sila LOGIN untuk download artikel ini.

Sekian, wassalam

خيرالأمين