SJ-11-0067 : Bayar zakat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0067 : Bayar zakat

:salam

Apakah dibolehkan wang yang disimpan yg diniatkan untuk bayar zakat diberi untuk tujuan pembesaran surau atau pembinaan masjid?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0067 : Bayar zakat

:wassalam
alJawab:

Sejak dulukala lagi urusan zakat berkaitrapat dengan Pemerintah. Sebab ada asnaf 'Amil' (pegawai pengurusan halehwal zakat) itu menunjukkan amil2 ini adalah urusan Pemerintah. Dalilnya: " Ambillah zakat dari sebahgian dari harta mereka." AQT 9:103. Kalimah Khudz dalam ayat itu adalah menunjukkan kuasa (ambillah). Maka anda hendaklah mengeluarkan zakat simpanan kepada pejabat zakat di mana anda bermastautin. Mesjid yang berhajatkan budget hendaklah memohon peruntukan dari pejabat zakat atau majlis agama negeri.
[Ruj: alQaradhawi, Fiqh Zakat, 2/747 (cet Beirut)]