SJ-11-0068 : Adakah kita boleh terima bahagian amil jika..?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0068 : Adakah kita boleh terima bahagian amil jika..?

:salam

Adakah kita boleh terima bahagian amil jika orang bayar zakat melalui kita?..Walhal kita bukan amil yg bertauliah..

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0068 : Adakah kita boleh terima bahagian amil jika..?

:wassalam

alJawab:

Amil Zakat adalah urusan Pemerintah, seperti juga perlantikan Jurunikah, Imam mesjid dan pegawai2 agama yang lain. ini kerana amil zakat hendaklah memenuhi syarat2 amil antaranya amanah, memahami hukum zakat dan berkemampuan (Qardhawi, Fiqh Zakat, jld 2/587).

Maka perbuatan anda memungut zakat tanpa tauliah jika diketahui oleh Pemerintah akan mengundang padah kepada anda. Ini bermakna anda tidak boleh menjawat jawatan amil tanpa tauliah (termasuk menerima agihan kepada amil) kerana menyalahi perundangan. sekian