SJ-11-0069 : Apa hukum jika majikan kita menjual arak (7-11)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0069 : Apa hukum jika majikan kita menjual arak (7-11)

Judul asal : Apa hukumnya jika majikan kita menjual arak (Kedai 7 eleven)

:salam

Ada orang bertanya kepada saya....

Kedai 7 eleven seluruh Malaysia ada menjual arak seperti Beer, Stout, Carlsberg dsb... Cuma, di tempat dia bekerja di Dungun, hal ini tidak berlaku... Tapi, apa hukum dia bekerja di situ? Aadakah dia termasuk dalam 10 golongan yang sabit dgn Hadith itu? Apakah gaji yang diperolehinya daripada majikannya adalah HARAM @ syubhat? Jika syubhat,memadaikah jika dia bersihkan hartanya dengan bersedekah? Apakah hal ni termasuk dlm persoalan 'dharurah' kerana jika dia berhenti kerja, hal ni pasti merumitkan dia utk membantu keluarga dan dirinya sendiri utk bayar hutang PTPTN. Lagipun, pengangguran sgt berleluasa skrg ni dan amat sukar utk mendapat pekerjaan. Pekerjaan yg dia dpt skrg ni pn diperolehi stlh menunggu lama. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0069 : Apa hukum jika majikan kita menjual arak (7-11)

mengikut pendapat ana, dia wajib mencari pekerjaan lain dengan bersungguh-sungguh n sedaya upaya. persoalan dharurat di sini hanya berlaku sekiranya memang dia telah berusaha dan tidak ada langsung peluang utk berkerja di tempat lain. rasanya Malaysia banyak peluang pekerjaan..insya Allah ada.

kalau dia tak berusaha dan tidak bersungguh2 mencari kerja lain...itu tak boleh dinamakan dharurat kerana dia tidak berusaha dan memang semua org tahu bahawa pekerjaan halal adalah wujud dan banyak.

selama mana dia masih tidak mendapat kerja lain, dia boleh berkerja..semoga Allah mengampunkan dosanya kerana dia tidak ada pilihan lain.

itu pendapat ana..wallahu a'lam

---------------
Tambahan :

Boleh lihat di SJ berikut :-

SJ-11-0033 : Kerja cuci lantai di kedai jual benda haram
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28881

SJ-11-0023 : was-was tentang kerja
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28137

Beberapa fatwa yang boleh di baca (didalam Bahasa Inggeris) :-

Working as a Cashier for a Grocery Store that Sells Haram Meats
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503548108

Working for Food Stores That Sell Alcohol
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547038