SJ-11-0100 : Zakat pendapatan & simpanan (Sambungan)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0100 : Zakat pendapatan & simpanan (Sambungan)

Assalammualaikum...
Terima kasih ustaz atas jawapan yg diberikan sebelum ini...cuma saya nak jelaskan lagi situasi saya ni utk penilaian ustaz...saya buka checking account start 06/19/2006 dgn duit simpanan permulaan sebanyak USD 2000..saya buka checking account sbb takde terlibat dengan faedah..kalau buka savings account diorang bg faedah yg saya takut terkandung riba...saya tak pasti ada perbezaan atau tak antara savings account dgn checking account dalam penentuan zakat tapi sy bgtaulah jugak kat sini takut2 ada beza...
Saya start simpan dr tarikh di atas tu...tp saya ada jugak guna duit dalam akaun tu utk bayar sewa, beli barang,etc...duit yg terkandung dalam simpanan tu mostly datang dari saya punya duit scholarship yang saya jimat skit2...saya dapat dalam USD 670 sebulan dan menetap di Columbus,OH...setakat duduk sini mmg ada sikit2 lebih duit tu yg membolehkan saya simpan...dan sebahagian lagi duit simpanan daripada kerja sambilan yg saya buat sebagai facility officer(aka janitor) dekat university...sampailah jumlah USD 2800 yang saya ada sampai tarikh sekarang ni...

1) Berdasarkan situasi saya tu kena tak saya keluarkan zakat?
2) Saya faham dr jawapan ustaz sebelum ni yang USD 2800 melayakkan saya utk keluarkan zakat. Adakah 2.5% tu fixed percentage yg umum digunakan utk pengiraan wang zakat atau saya kena rujuk ISNA utk tentukan?
3) Bleh tak kalau saya masukkan zakat tu dekat tabung zakat harta yg disediakan masjid?rasanya ada diorang letak kat dinding masjid tu.
4) Kalau susah2 sangat bleh tak saya keluarkan aje wang zakat tu?

Maaf ye kalau ada kekeliruan dan ketidakfahaman saya. Terima kasih sekali lagi atas kesudian ustaz menyelesaikan masalah saya ni.

SJ-11-0100 : Zakat pendapatan & simpanan (Sambungan)

:wassalam

1) anda tidak dikenakan zakat pendapatan kerana anda belum mengusahakan apa-apa. Dalilnya:

" Hai orang2 beriman, nafkahkanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik." AQT 2:267 "kasabtum" dalam ayat itu adalah pekerjaan yang anda lakukan. Ia tidak berlaku buat anda kerana anda adalah di alam akademik

2) Tapi anda boleh dikenakan zakat simpanan (tak kira samada berada dlm akaun savings atau akaun current). Kadar zakat atau savings ialah 2.5% ke atas baki terendah yg melebihi amaun zakatable savings yakni sama dgn nilai 85 gm emas. Katakan 1 gm emas ialah USD 21.00, maka nilai zakatable savings ialah USD$ 1,785. Ini kena sahkan dgn ISNA. Kalau di Malaysia, katakan harga emas semasa per gram ialah 76.00, maka zakatable savings ialah RM RM 6460.

3) Zakat hendaklah dikeluarkan kepada amil/Pegawai zakat mesjid tsb. Ini kerana tabung yang disediakan itu ialah tabung infaq biasa. Zakat ditadbir secara khusus.

4) Zakat adalah institusi yang khusus dalam Islam dan kita tak boleh simply keluarkan aje. Dalilnya: " ambillah zakat dari sebahagian harta mereka." AQT 9:103. ayat ini menjelaskan zakat itu adalah urusan pemerintah dan penguasa dan kita kena berurusan dgn pihak berwajib. Jika di USA ialah ISNA. sekian