SJ-11-0111 : status akad zakat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0111 : status akad zakat

Assalamualaikum Warahmatullah..

Pertamanya sy ucapkan terima kasih yg tak terhingga d atas jawapan yg telah diberi oleh Ust Kamin mengenai persoalan zakat KWSP dan hutang sebelum ini dan insya Allah akan sy guna dan bincangkannya dengan unit dakwah nanti..

Baik tuan, ada satu perbezaan pendapat berkenaan dengan akad zakat ini dimana kalau tidak silap saya ada hujah dlm fiqh islami atau fiqh sunnah Al-Qaradhawi (minta betulkan) yang mengatakan bahawa mengikut mazhab syafie dan Zahiri, mereka mewajibkan akad disebabkan oleh satu peristiwa dimana rasulullah s.a.w menyuruh berakad (minta maaf kerana riwayat ini juga sy x igt). Tetapi menurut kitab itu juga, kebanyakan ulama' tidak mewajibkan berakad kerana tiada riwayat-riwayat lain yang menukilkan atau menguatkannya.

Jadi disini seandainya boleh sy amat-amat memerlukan bantuan untuk mendapatkan seberapa banyak dalil bagi menyokong samada akad itu, wajib, sunat ataupun hanya harus sahaja.

JKK kpd semua panel Al-Ahkam yang sudi membantu, semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian sebaiknya dan insya Allah akan bermanfaat kepada semua rakan-rakan sy yg lain..

Syukran Jazilan...

pembetulan :-

1.kitab tersebut ialah fiqh zakat Al-Qaradhawi
2.selain akad, juga status doa selepas menerima zakat.
3.tentang doa ada sesetengah ust menekankan kalimah 'wa'didalam
surah at-taubah ayat 103.dan itulah bukti yg menunjukkan kewajipan
berdoa selepas menerima zakat.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0111 : status akad zakat

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi - hafizahullah - menyebut dalam kitabnya Fiqh Zakat bahawa sebahagian ulama Mazhab Syafie dan Mazhab Zahiri mewajibkan kepada orang yang mengambil zakat untuk berdoa kepada orang yang memberikan zakat tersebut.

Ini berdasarkan ayat 103 dari Surah at-Taubah:

ÎõÐú ãöäú ÃóãúæóÇáöåöãú ÕóÏóÞóÉð ÊõØóåøöÑõåõãú æóÊõÒóßøöíåöãú ÈöåóÇ æóÕóáøö Úóáóíúåöãú Åöäøó ÕóáóÇÊóßó Óóßóäñ áóåõãú æóÇááøóåõ ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ

Maksudnya: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan dari hadis:

Úóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÃóÈöí ÃóæúÝóì ÞóÇáó ßóÇäó ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÅöÐóÇ ÃóÊóÇåõ Þóæúãñ ÈöÕóÏóÞóÊöåöãú ÞóÇáó Çááøóåõãøó Õóáøö Úóáóì Âáö ÝõáóÇäò ÝóÃóÊóÇåõ ÃóÈöí ÈöÕóÏóÞóÊöåö ÝóÞóÇáó Çááøóåõãøó Õóáøö Úóáóì Âáö ÃóÈöí ÃóæúÝóì

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., katanya: "Apabila datang orang kepada Rasulullah SAW dengan zakat mereka baginda berdoa: "Allahumma shalli alaihim" (Ya Allah! Berilah mereka rahmat). Maka telah datang ayahku menghantarkan zakatnya kepada baginda. Lalu baginda berdoa: "Allahumma Shalli ala ali Abi Aufa." (Ya Allah! Berilah rahmat kepada keluarga Abu Aufa)." (Muttafaqun 'alaih)

Jumhur Ulama berpendapat, penerima zakat disunatkan berdoa kepada pemberi zakat berdasar dalil-dalil ini.

Walaubagaimanapun, Syeikh Qardhawi pula berpendapat zahir ayat tersebut merupakan perintah yang menunjukkan kewajipan berdoa, seperti pendapat Mazhab Zahiri dan sebahagian ulama Mazhab Syafie.

Jumhur Ulama berhujah: jika sekiranya wajib, sudah tentu Rasulullah SAW telah menyuruh para amil zakat seperti Muazd r.a supaya berdoa, tetapi tiada hadis yang menyuruh berbuat demikian.

Beliau menjawab: dakwaan ini ditolak kerana mungkin Baginda SAW hanya memadai dengan perintah yang terdapat dalam ayat di atas dan para sahabat r.a seperti Muazd r.a memang telah maklum dengan ayat tersebut.

Terdapat juga yang mengatakan kewajipan berdoa tersebut hanya khas kepada Nabi SAW seperti ayat di atas "Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka" kerana hanya doa dari Baginda SAW yang boleh menjadikan ketenteraman kepada jiwa mereka.

Beliau menjawab: dakwaan ini hanya akan menguatkan hujah yang telah digunakan oleh orang yang tidak mahu membayar zakat pada zaman Abu Bakar r.a kerana mendakwa zakat hanya khas pada Nabi SAW. Dan tiada para sahabat r.a yang mengatakan demikian. (Fiqh Zakat: 2/333-335)

Imam Nawawi pula menyatakan: mereka yang mewajibkan berdoa bersetuju dengan jumhur ulama yang tidak mewajibkan berdoa kepada fakir miskin jika diberikan zakat. Dengan itu para amil juga tidak diwajibkan berdoa seperti fakir miskin, tetapi hanya disunatkan. (al-Majmuk: 6/166)

Kesimpulannya: Penerima zakat sangat digalakkan berdoa kepada pemberi zakat seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW. Sunnah yang mudah ini tidak patut ditinggalkan dengan tanpa sebab. Tetapi jika ditinggalkan juga, kami berharap ia tidaklah berdosa.

Wallahu a'lam.