SJ-11-0130 : pinjam bank dan personal loan dan interestnya?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0130 : pinjam bank dan personal loan dan interestnya?

salam pd semua.
1]saya terdesak dan perlu buat pinjaman bank.dari sy pinjam along ,sy fikir better pinjam dgn bank.tapi nanti kena bayar interestnya.mohon komen/

2]sy beli kereta kancil,dan buat bayaran tiap2 bulan bersama dgn interestnya.dan sy lihat semua org pun mcm tu jugak.riba yg mcm ni mmg x dapat dielakkan.sdgkan kalau bc artikel uzar,riba tu diperangi allah.
adeke pinjam tanpa interest ni kat ,malaysia?dan hukum beli kereta tu?

3]sbg akhirnya,sy mmg x boleh elak dgn interest ni.nak2 sy terpaksa meminjam personal loan bulan akan datang sbg menyelamatkan perniagaan sy atau sy akan meminjam dgn along.sy benar2 dlm keadaan terdesak.sy x pandai nak tulis ttg kesusahan sy.tapi sy mmg perlu duit utk terus hidup dan berniaga.hanya setakat tu.

terima kasih krn menjawap.

SJ-11-0130 : pinjam bank dan personal loan dan interestnya?

:wassalam

alJawab:

1) Malaysia ada tiga jenis pinjaman peribadi:
a) pinjaman along (inilah seburuk-buruk riba)
b) pinjaman perbankan konvensional
c) pinjaman perbankan syari'ah.

Perbankan syari'ah di Malaysia dah lama ujud sejak akta perbankan Islam 1983. Perbankan Islam yang 100% ditubuhkan dgn menawarkan hanya produk syari'ah ialah Bank Islam, Bank Mu'amalat dan Bank Rakyat.

2) Pembiayaan kenderaan di Malaysia secara BBI (bai bithaman ajil) sudah lama diperkenalkan. Hubungi perbankan syari'ah utk meneliti pakej pembiayaan BBI mereka

3) Hairan juga bagaimana anda tidak tahu keujudan perbankan Islam di Malaysia....sekian