:salam
Untuk membayar zakat seperti zakat pendapatan, adakah perlu ada 'aqad kedua-dua belah pihak, iaitu org yang menerima atau wakil mesti ada semasa bayaran zakat dibuat. Adakah sah zakat jika kita hanya bank-in duit zakat tersebut sahaja. Ini kerana saya melihat sekarang banyak tempat yang memerlukan sumbangan dan zakat hanya meletakkan akaun bank untuk memudahkan orang ramai. Mohon penjelasan.
Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Akad bukan merupakan syarat sah zakat. Jumhur ulama' meletakkan NIAT sebagai syarat SAH menunaikan zakat; wajib Niat bagi Mazhab Malik, Abi Hanifah, al-Thawri, al-Syafie, Ahmad, Daud dsb. Walaubagaimanapun al-Auzaa'ie mengatakan tidak wajib niat, bahkan menurutnya zakat umpama Hutang, maka SAH menunaikannya tanpa niat. [Muasu'ah Masaail al-Jumhuur fi al-Fiqh al-Islami, 1/292].
Anda boleh bank-in kepada akaun yang dipaparkan sambil berniat didalam hati, maka zakat tersebut sah. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين