SJ-11-0180 : Adakah ada sistem riba?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0180 : Adakah ada sistem riba?

:salam adakah seperti pinjaman di bawah mempunyai sistem riba?

http://www.lbnk.gov.my/kutipan_balik.html

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0180 : Adakah ada sistem riba?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 2% setahun atas baki berkurangan.

Berdasarkan kepada syarat yang tertera di atas, maka didapati kadar 2% yang dikenakan di atas nama caj perkhidmatan adalah satu bentuk riba. Kerana:

- Kaedah syarak mengatakan: Setiap pinjaman yang memberi pulangan manfaat (kepada pemberi pinjaman) adalah riba. Dan riba tersebut ialah riba nasi'ah yang disepakati pada keharamannya.

- Walaupun diberikan dengan nama lain iaitu 'caj perkhidmatan', ia tidak mengubah hukum syarak yang mengharamkan riba. Kerana dalam urusan muamalat, yang diambil kira ialah bentuk mualamat, bukan perkataan atau nama muamalat.

- Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) membuat resolusi membenarkan caj perkhidmatan di dalam pinjaman dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR. Tetapi, apabila caj itu dikira mengikut peratusan daripada jumlah pinjaman berbaki, maka ia tidak menepati syarat ini.

Boleh dirujuk artikel Ust Zaharuddin tentang caj perkhidmatan PTPTN di: http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=531&Itemid=95

Wallahu A'lam