SJ-11-0195 : Keuntungan dari pelaburan, halalkah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0195 : Keuntungan dari pelaburan, halalkah?

benarkah faedah bank itu haram?

contohnya begini...saya melabur di dalam syarikat ahseng
umpamanya dan syarikat ahseng berjanji memberikan saya 11
peratus dari apa yang saya laburkan....contohnya saya laburkan 5000
dan setiap tahun saya diberikan 11 peratus setiap tahun 5000yang
saya laburkan tadi...adakah ini riba'?

bagaimana dengan keadaan ini pula

saya melabur dengan ahseng sebanyak 5000 setiap tahun dan
ahseng berjanji akan memberikan 11 peratus berdasarkan
keuntungan yang dimiliki syarikat...adakah ini riba?

minta dalil dan rujukan...trima kasih semoga di rahmati allah swt amin.

SJ-11-0195 : Keuntungan dari pelaburan, halalkah?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Antara dua bentuk pelaburan yang anda sebutkan, terdapat perbezaan ketara pada hukumnya:

1) Pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap kepada pelabur adalah haram dan tidak sah. Contohnya anda melabur sebanyak 5,000 dan pulangan tahunan atau bulanan anda ialah 11% daripada modal. Maka pelaburan ini haram dengan sepakat ulama.

Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.

2) Pelaburan yang memberikan pulangan berdasarkan keuntungan adalah pelaburan yang sah jika menepati syarat-syarat mudharabah atau qiradh.
Contohnya, anda melabur sebanyak RM5000, dan pulangan anda ialah 11% daripada keuntungan yang diperolehi hasil perniagaan. Pelaburan ini sah.

Pelaburan seperti ini;
- Jika ia mendapat keuntungan, ia dibahagi berdasarkan peratus yang telah disepakati.
- Jika syarikat itu kerugian (tanpa kecuaian), contohnya daripada RM5000, ia kerugian sebanyak RM1000, maka pelabur tidak berhak mendapat kesemua modalnya. Dia hanya berhak mendapat modal berbaki iaitu RM4000.

Adapun dalil sah akad mudharabah/qiradh ialah:
- Ia adalah bentuk muamalat yang diamalkan oleh Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Apabila Islam datang, tidak terdapat larangan melakukan akad ini.
- Para sahabat juga melakukan akad qiradh, antaranya Umar Al-Khattab, dan Uthman Uthman.
- Ia disepakati dan dinukilkan ijmak.

Rujukan:
- Al-Ijmak, Ibn Munzir
- Al-Mughni, Ibn Qudamah