SJ-11-0213 : Hukum insuran MCIS Zurich

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0213 : Hukum insuran MCIS Zurich

Assalamualaikum..
Saya ada kemusykilan sikit.
Apa hukum terlibat dengan MCIS Zurich insuran? ada yg mendakwa semua insuran adalah riba kecuali takaful. tp bila tgk2 mcm sama je insuran ni dgn insuran takaful. Malah mufti terengganu pun antara yg terlibat sebagai panel syariah insuran ni..
Boleh tlg jelaskan?..

SJ-11-0213 : Hukum insuran MCIS Zurich

Salam...

Ringkasnya , bila sesuatu insurans tersebut menepati kehendak Syarak iaitu dengan mengambil kira konsep kafalah @ takaful @ bantu membantu dan tidak terlibat dengan pelaburan yang diharamkan syarak , walau apa pun namanya , maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan.

Apatah lagi jika polisi insurans tersebut dinilai dan ditapis oleh satu jawatankuasa @ panel syariah yang ditubuhkan oleh syarikat terbabit dan salah seorang panel itu juga adalah individu yang ahli dalam bidang ilmu-ilmu Islam (mufti terengganu).

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com