SJ-11-0214 : Terambil wang lebih di mesin ATM

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0214 : Terambil wang lebih di mesin ATM

Assalamualaikum wbt...

Saya ingin bertanyakan soalan mengenai duit yang telah saya ambil tetapi bukan hak saya. Kejadian ini berlaku pada 1996, masa saya belajar matrikulasi. Saya pergi ke Mesin ATM Bank Bumiputra (waktu itu) dan ingin mengeluarkan duit. Semasa membuat transaksi, tiba-tiba duit keluar lebih daripada yang saya keluarkan. Sepatutnya saya keluarkan RM100 tetapi dapat RM300. Sejurus selepas itu, pegawai bank keluar bertanyakan saya sama ada duit ada masalah ke tidak semasa buat transaksi. Saya kata tidak ada. Dan saya terus ambil duit itu. Bila saya cek dalam bank sememangnya lebihan duit RM200 itu tidak ditolak dari akaun saya. Selepas itu Bank Bumiputra (Alwadiah) telah ditukar kepada bank muamalat. Soalnnya, bagaimanakah saya nak melangsaikan hutang saya ini. Saya juga ada terfikir, mungkin pegawai bank yang kena tanggung sebab shot duit pada hari itu. Adakah sekiranya saya serahkan kepada baitumal duit iut, akan menyelesaikan masalah saya ini? Mohon penjelasan tuan yang mulia...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0214 : Terambil wang lebih di mesin ATM

Salam ....

Apa yang sepatutnya saudara lakukan pada masa itu ialah dengan tidak mengambil duit tersebut serta memulangkannya kepada pihak Bank sejurus saudara sedar akan kesilapan yang berlaku apatah lagi bila mana lebihan duit yang keluar itu tidak ditolak daripada akaun simpanan saudara.

Apa yang boleh kami cadangkan disini ialah , saudara boleh berjumpa dengan pegawai BaitulMal untuk menyerahkan duit tersebut.Ini kerana duit tersebut dikira sebagai pembayaran hutang yang tidak diketahui tuannya lantaran peristiwa tersebut berlaku pada jangka masa yang terlalu lama iaitu pada tahun 1996.Tambahan pula Bank Bumiputra juga sudah tidak wujud pada masa sekarang.

Disamping itu , mohon ampunlah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh di atas keterlanjuran yang telah saudara lakukan.Mudah-mudahan Allah swt menerima taubat dan usaha saudara untuk memulangkan duit tersebut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com