SJ-11-0220 : Pelaburan Dalam Non-Islamic Fund

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0220 : Pelaburan Dalam Non-Islamic Fund

:salam

jika saya seorang ejen unit truss, apakah hukumnya untuk keadaan2 berikut:

1. seorg bukan islam ingin saya laburkan duit dia dalam fund yg bukan islamic. halalkah komisen yg saya akan dpt?

2. sama seperti di atas tetapi orgnya islam.

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0220 : Pelaburan Dalam Non-Islamic Fund

Bismillahhirrahmanirrahim..Alhamdulillah Wassolatu wassalam Ala Rasululillah…Amma Ba’d :

Berkenaan soalan anda, jawapannya boleh didapati dalam web al-Fadhil Ust Zaharuddin.
Linknya :
http://www.zaharuddin.net/content/view/752/63/

1. seorg bukan islam ingin saya laburkan duit dia dalam fund yg bukan islamic. halalkah komisen yg saya akan dpt?
Berkerja untuk membantu perkembangan fund yang bukan Islamic termasuk dalam larangan Allah Taala (surah al-Maidah : 2 ) :
“Dan janganlah kamu berbantu-membantu atas perkara dosa dan pertelingkahan, dan takutlah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Taala maha pedih balasanNya”.
Jabir r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w melakat pemakan riba, yang pemberi makan riba, penulisnya dan saksi-saksinya. Sabda baginda : “mereka adalah sama sahaja” (HR Muslim no 1598)
Imam al-Nawawi menjelaskan hadis ini : “Ini adalah kenyataan jelas pengharaman penulisan transaksi jual beli antara dua orang pelaku riba, penyaksiannya dan juga padanya menunjukkan pengharaman membantu atas perkara batil”.

2. sama seperti di atas tetapi orgnya islam.
Hukumnya sama seperti di atas.
Oleh itu, mudah-mudahan kita dijauhi daripada amalan riba. Wallahualambissowab.