SJ-11-0225 : Bayar Zakat Perniagaan Dengan Barang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0225 : Bayar Zakat Perniagaan Dengan Barang

:salam
saya ada persoalan tentang permasalahan zakat perniagaan...soalan saya

"bolehkah zakat perniagaan dikeluarkan dengan barang bukannya dengan tunai"

harap ustaz dapat selesaikan persoalan saya ini :P urgent

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0225 : Bayar Zakat Perniagaan Dengan Barang

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Terdapat khilaf ulama dalam masalah peniaga mengeluarkan zakat perniagaan dari barang perniagaannya. Contohnya, peniaga kain mengeluarkan kain kepada asnaf, dan peniaga alatulis memberi kelengkapan alatulis kepada penerima zakat.

Ada ulama mengharuskannya, ada yang tidak mengharuskannya, dan ada pendapat yang merujuk kepada maslahah. Yang dimaksudkan merujuk kepada maslahah ialah, tidak boleh mengeluarkan zakat daripada barangan kecuali penerima zakat berhajat kepada barangan tersebut, dan jika diberikan wang ringgit pun, dia akan membeli barangan tersebut.

Pendapat ketiga ini yang dikuatkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Katanya, "Inilah pendapat paling pertengahan".
Dan ia juga ditarjihkan oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam Fiqhu al-Zakat (m/s: 338-339).

Wallahu A'lam