SJ-11-0236 : Beri zakat yang diterima kepada orang lain

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0236 : Beri zakat yang diterima kepada orang lain

:salam

Afwan, ana sekadar mengfowardkan soalan yg ditanya kpd ana dari seorang kakak , untuk dijawab masyaikh al-ahkam...mohon pencerahan...

1)Apakah kita dibenarkan memberikan atau menghadiahkan item yg kita terima dari zakat (e.g: beras) disebabkan terlampau banyak jumlah yg diterima? Makcik akak menerima beras dalam jumlah yg banyak lalu diberikan pada saudara maranya....

2)Apa yg seharusnya dilakukan jika seorang ketua keluarga terlepas utk membayar zakat kerana petang sebelum raya sehingga pagi raya tu dia bekerja (kerja operator kilang)? Apakah ada peruntukan dalam Islam yg membenarkan dia utk qadha bayaran tu pada tahun hadapan dgn menggandakan bayaran zakat tahun hadapan?

3)Apa yg rajih yg perlu dilakukan seorang wanita yg nifas dan menyusukan anak semasa bulan ramadhan? Fidyah atau qadha atau kedua2nya?

Jazakallahu khoiron...

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0236 : Beri zakat yang diterima kepada orang lain

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Pemberian zakat kepada asnaf adalah secara pemilikan. Bermakna dengan penyerahan zakat kepada mereka, mereka bebas sepenuhnya terhadap harta tersebut. Contohnya, dengan beras yang mereka perolehi, mereka boleh memakannya, menjualnya atau memberi hadiah kepada orang lain sekalipun kepada orang kaya. (Al-Istizkar 6/70)

Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut bahawa sedekah (zakat) tidak halal kepada golongan kaya kecuali kepada lima golongan. Sabda baginda:

áÇó ÊóÍöáøõ ÇáÕøóÏóÞóÉõ áöÛóäöìøò ÅöáÇøó áöÎóãúÓóÉò áöÛóÇÒò Ýöì ÓóÈöíáö Çááøóåö Ãóæú áöÚóÇãöáò ÚóáóíúåóÇ Ãóæú áöÛóÇÑöãò Ãóæú áöÑóÌõáò ÇÔúÊóÑóÇåóÇ ÈöãóÇáöåö Ãóæú áöÑóÌõáò ßóÇäó áóåõ ÌóÇÑñ ãöÓúßöíäñ ÝóÊõÕõÏøöÞó Úóáóì ÇáúãöÓúßöíäö ÝóÃóåúÏóÇåóÇ ÇáúãöÓúßöíäõ áöáúÛóäöìøö

Maksudnya: Tidak halal sedekah (zakat) kepada orang kaya kecuali kepada lima orang; orang berperang di jalan Allah, orang yang menjadi amil zakat, orang yang berhutang, orang yang membeli harta zakat itu, ataupun orang yang mempunyai jiran yang miskin lalu dia memberi sedekah kepada simiskin itu kemudian simiskin itu memberi hadiah kepada jirannya yang kaya".
Direkod oleh Ahmad (no: 11538), Abu Daud (no: 1637), Ibn Majah (no: 1841).

Dan tersebut dalam hadis sahih, bahawa Barirah telah menghadiahkan daging kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, di mana daging itu disedekahkan kepadanya. Lalu baginda bersabda:

åæ áåÇ ÕÏÞÉ æáäÇ åÏíÉ

Maksudnya: Ia adalah sedekah kepadanya (Barirah) dan hadiah kepada kami. Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 2438) dan Muslim (no: 1074).

Wallahu A'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0236 : Beri zakat yang diterima kepada orang lain

2. Sila lihat jawapan lepas.

SJ-11-0084 : x bayar lagi fitrah 2007
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=31297

SJ-11-0160 : terlupa bayor fitrah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35046

3. Sila lihat jawapan lepas.

SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33608

Sekian