SJ-11-0240 : Insurans Menaiki Kapalterbang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0240 : Insurans Menaiki Kapalterbang

assalamualaikum wbt,

sebenarnya saya 1st time menempah tiket kapal terbang. setiap kali tempahan, kita ditawarkan dengan travel insurance yang kalau air asia rm6 dan kalau mas rm10. bolehkah jika kita mengambil insurans ini, sedangkan tiada alternatif lain misalnya takaful yang ditawarkan oleh pihak air asia dan mas. mohon ulasan.

syukran..

SJ-11-0240 : Insurans Menaiki Kapalterbang

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Kebanyakan ulama secara amnya berpendapat operasi insurans tidak menepati syarak.

2- Majmak Feqah Islami yang diasaskan di bawah Rabitah al-Alam al-Islamiy (Muslim World League) di dalam Persidangan di Makkah pada 10 Syaaban 1398H, telah membuat keputusan secara sepakat ahli panel (kecuali Syeikh Mustafa Zarqa) bahawa kontrak perniagaan insurans dalam semua jenisnya adalah haram.

3- Begitu juga Majmak Feqah di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang bersidang pada 22-28 Dis 1995 di Jeddah memutuskan pengharaman kontrak insurans.

4- Kerana operasi insurans yang diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans terdapat unsur-unsur gharar, perjudian, dan riba yang membawa kepada haram dan batalnya akad seumpama ini.

5- Tetapi, dalam situasi ia sudah menjadi undang-undang antarabangsa dan diamalkan oleh semua syarikat-syarikat penerbangan, maka tidak ada jalan lain untuk orang Muslim kecuali terpaksa mengikutnya.

6- Syeikh al-Jibrain menjawab berkenaan insurans penerbangan dengan katanya, "Boleh dituruti undang-undang antarabangsa yang mewajibkan insurans ke atas semua syarikat-syarikat penerbangan, samada untuk pesawat, kelasi dan kru-kru penerbangan, atau untuk penumpang-penumpang. Oleh kerana syarikat penerbangan secara wajib membayar insurans kepada syarikat insurans, maka apabila berlaku nahas mereka berhak menuntut faedah perlindungan tersebut". http://ibn-jebreen.com/ftawa.php?view=vmasal&subid=1956&parent=4193

Wallahu A'lam.