SJ - 1124 : BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAU

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1124 : BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAU

Assalamualaikum Warah Matullah

Sabda Rasulullah S.A.W

"Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang membaca Al-Quran seperti menyanyi, cara ahli2 kitab dan cara orang seperti meratap, yakni keluar huruf melalui kerongkongan mereka, tidak sesuai dengan makhraj huruf, semata-mata tujuan untuk mempersonakan dan menakjubkan orang sahaja"

1 - Secara memahamkan bagaimanakah/Apakah cara bacaan tersebut ? Adakah URL tertentu ?
Adakah bacaan ini termasuk demikian rupa http://www.minhaj-audio.net/way/15.htm (maafkan saya jika silap)

2 - Bagaimanakah dengan bacaan sengau - (apabila huruf mad berlaku, seperti huruf 'wau') contoh "Amma Yatasaaal[uun]" hanya Ikhfa' yg dibenarkan untuk dengung.

JazakaLlah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 1124 : BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAU

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara tersebut . Kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan kami melayan hajat saudara. Alhamdulillah , berikut ini adalah jawapan-jawapannya :

1 – Kami tidak dapat menemui - sepanjang pengetahuan kami - teks hadits yang saudara kemukakan itu di dalam mana-mana kitab hadis – khasnya Sunan Tis’ah ( Kitab-Kitab Hadis Sembilan ) . Adakah saudara menulis terjemahannya dengan tepat ? . Bukankah lebih baik , kalau saudara berkemampuan memberikan url ataupun alamat web yang menerangkan hadis itu , ataupun lebih baik lagi andainya saudara dapat memberikan teks asli hadis tersebut , supaya dapat diketahui akan sumbernya melalui Kaedah Takhrij ( Pencarian Sumber Hadis ) . Dari situ , lebih mudah untuk kita mengetahui bersama akan kedudukan hadis tersebut daripada sudut sanadnya ( susur galur periwayatnya ) , huraiannya dan hukumnya.

Yang kami temui hanyalah hadis di bawah ini dan yang semakna dengannya :

Sabda Rasulullah s.a.w :

ÍóÏöíËõ ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÇáúÎõÏúÑöíøö ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÈóÚóËó Úóáöíøñ ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ æóåõæó ÈöÇáúíóãóäö ÈöÐóåóÈóÉò Ýöí ÊõÑúÈóÊöåóÇ Åöáóì ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÓóãóåóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Èóíúäó ÃóÑúÈóÚóÉö äóÝóÑò ÇáúÃóÞúÑóÚõ Èúäõ ÍóÇÈöÓò ÇáúÍóäúÙóáöíøõ æóÚõíóíúäóÉõ Èúäõ ÈóÏúÑò ÇáúÝóÒóÇÑöíøõ æóÚóáúÞóãóÉõ Èúäõ ÚõáóÇËóÉó ÇáúÚóÇãöÑöíøõ Ëõãøó ÃóÍóÏõ Èóäöí ßöáóÇÈò æóÒóíúÏõ ÇáúÎóíúÑö ÇáØøóÇÆöíøõ Ëõãøó ÃóÍóÏõ Èóäöí äóÈúåóÇäó ÞóÇáó ÝóÛóÖöÈóÊú ÞõÑóíúÔñ ÝóÞóÇáõæÇ ÃóÊõÚúØöí ÕóäóÇÏöíÏó äóÌúÏò æóÊóÏóÚõäóÇ ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Åöäøöí ÅöäøóãóÇ ÝóÚóáúÊõ Ðóáößó áöÃóÊóÃóáøóÝóåõãú ÝóÌóÇÁó ÑóÌõáñ ßóËøõ ÇááøöÍúíóÉö ãõÔúÑöÝõ ÇáúæóÌúäóÊóíúäö ÛóÇÆöÑõ ÇáúÚóíúäóíúäö äóÇÊöÆõ ÇáúÌóÈöíäö ãóÍúáõæÞõ ÇáÑøóÃúÓö ÝóÞóÇáó ÇÊøóÞö Çááøóåó íóÇ ãõÍóãøóÏõ ÞóÇáó ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ýóãóäú íõØöÚö Çááøóåó Åöäú ÚóÕóíúÊõåõ ÃóíóÃúãóäõäöí Úóáóì Ãóåúáö ÇáúÃóÑúÖö æóáóÇ ÊóÃúãóäõæäöí ÞóÇáó Ëõãøó ÃóÏúÈóÑó ÇáÑøóÌõáõ ÝóÇÓúÊóÃúÐóäó ÑóÌõáñ ãöäó ÇáúÞóæúãö Ýöí ÞóÊúáöåö íõÑóæúäó Ãóäøóåõ ÎóÇáöÏõ Èúäõ ÇáúæóáöíÏö ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Åöäøó ãöäú ÖöÆúÖöÆö åóÐóÇ ÞóæúãðÇ íóÞúÑóÁõæäó ÇáúÞõÑúÂäó áóÇ íõÌóÇæöÒõ ÍóäóÇÌöÑóåõãú íóÞúÊõáõæäó Ãóåúáó ÇáúÅöÓúáóÇãö æóíóÏóÚõæäó Ãóåúáó ÇáúÃóæúËóÇäö íóãúÑõÞõæäó ãöäó ÇáúÅöÓúáóÇãö ßóãóÇ íóãúÑõÞõ ÇáÓøóåúãõ ãöäó ÇáÑøóãöíøóÉö áóÆöäú ÃóÏúÑóßúÊõåõãú áóÃóÞúÊõáóäøóåõãú ÞóÊúáó ÚóÇÏò

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Ali yang menjadi utusan di Yaman, mengirimkan emas yang belum diproses kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda membahagikannya kepada empat atau beberapa orang iaitu al-Aqra' bin Haabis, Uyainah bin Badr al-Fazari, Alqamah bin Ulasah al-Amiri, kemudian kepada seorang dari Bani Kilab iaitu Zaid al-Khair At-Tha'ie, juga kepada seorang dari Bani Nabhan. Orang-orang Quraisy marah dan berkata: Engkau memberikannya kepada pemimpin-pemimpin Najd, tetapi meninggalkan kami iaitu tidak memberikannya kepada kami¿ Rasulullah s.a.w bersabda: Aku lakukannya untuk memujuk hati mereka. Setelah itu datang seorang lelaki yang berjanggut tebal dan menonjol rahangnya. Manakala kedua matanya cengkung dan dahinya pula menonjol keluar. Kepalanya juga botak iaitu kesan cukur. Dia berkata: Takutilah Allah, wahai Muhammad! Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa lagi yang lebih taat kepada Allah kiranya aku menderhakaiNya¿ Tidakkah Dia mempercayaiku atas penduduk bumi, sedangkan engkau tidak mempercayaiku¿ Lalu lelaki itu beredar. Seorang di antara orang ramai meminta izin untuk membunuh lelaki tersebut. Ada yang mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah Khalid bin al-Walid, tetapi Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di antara kaumku ini, ada orang-orang yang membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya sekadar membacanya sahaja. Mereka mampu membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala hidup. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Jika sekiranya aku menemui mereka, pasti aku bunuh mereka seperti terbunuhnya kaum Aad ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari (rh) di dalam Kitab Ahadistul Anbiya’ – No : 3095 .

2 – Bacaan Syeikh Hani Ar-Rifai’e ( salah seorang qari dan Imam di Arab Saudi ) itu tidaklah dapat dikelaskan sebagai bacaan orang yang “ meratap “ tanpa mengetahui kaedah-kaedah pembacaan Al-Quran ( Tajwid ) yang sebenar . Ini disebabkan dengan keyakinan kita terhadap keilmuan dan ketaqwaan Syeikh Hani dan juga kedudukannya sebagai salah-seorang qari Al-Quran Al-Karim yang diakui di peringkat antarabangsa , kita yakin lagi percaya bahawa beliau sudah tentu mempunyai sebab-sebab yang berlandaskan syariat di dalam menyampaikan bacaan Al-Quran Al-Karim.

Lagipun , terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Majah (rh) di dalam sunannya , Kitab Iqomatis Solah Was Sunnah Fiha , Hadis bernombor : 1337 yang menerangkan , bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

Úóäú ÚóÈúÏö ÇáÑøóÍúãóäö Èúäö ÇáÓøóÇÆöÈö ÞóÇáó ÞóÏöãó ÚóáóíúäóÇ ÓóÚúÏõ Èúäõ ÃóÈöí æóÞøóÇÕò æóÞóÏú ßõÝøó ÈóÕóÑõåõ ÝóÓóáøóãúÊõ Úóáóíúåö ÝóÞóÇáó ãóäú ÃóäúÊó ÝóÃóÎúÈóÑúÊõåõ ÝóÞóÇáó ãóÑúÍóÈðÇ ÈöÇÈúäö ÃóÎöí ÈóáóÛóäöí Ãóäøóßó ÍóÓóäõ ÇáÕøóæúÊö ÈöÇáúÞõÑúÂäö ÓóãöÚúÊõ ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ Åöäøó åóÐóÇ ÇáúÞõÑúÂäó äóÒóáó ÈöÍõÒúäò ÝóÅöÐóÇ ÞóÑóÃúÊõãõæåõ ÝóÇÈúßõæÇ ÝóÅöäú áóãú ÊóÈúßõæÇ ÝóÊóÈóÇßóæúÇ æóÊóÛóäøóæúÇ Èöåö Ýóãóäú áóãú íóÊóÛóäøó Èöåö ÝóáóíúÓó ãöäøóÇ

Ertinya : Daripada Abdul Rahman Bin Saib , beliau berkata : Sa’ad Bin abi Waqqas telah datang kepada kami dan beliau sendiri telah menjadi buta. Lalu aku pun memberikan salam kepadanya , lalu beliau bertanya : “ Siapakah engkau ? “ , Aku pun memberitahu kepadanya siapakah aku. Beliau pun berkata : “ Selamat Datang Wahai Anak Saudaraku ! , aku telah menerima khabar yang engkau ini adalah seorang yang sedap suaranya ketika membaca Al-Quran , dan aku sendiri telah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dengan membawa kesedihan ( boleh menyebabkan seseorang yang memahami pengertiannya menjadi sedih apabila meneliti ayat-ayatnya ) , maka apabila kamu semua membaca Al-quran , hendaklah kami membacanya dengan menangis , maka kalau kamu semua tidak dapat berbuat demikian , hendaklah kamu semua buat-buat menangis , dan hendaklah kami semua melagukan bacaannya , maka sesiapa sahaja yang tidak melagukan Al-Quran , maka tidaklah dia termasuk daripada golongan kami “ .

PENJELASAN :

“ DENGAN MEMBAWA KESEDIHAN , maksudnya : Ialah Al-Quran ini boleh menyebabkan seseorang itu menangis apabila meneliti akan ayat-ayat dan pengertian-pengertiannya . Ini disebabkan kemuliaan dan keagungan Kalam Ilahi berbanding dengan manusia sebagai makhluk yang amat kerdil , jika dibandingkan dengan kekuasaan dan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

“ BUAT-BUAT MENANGIS “ , maksudnya : Hendaklah dilatih jiwa kita itu bergetar , lantaran takut kepada kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala dan hati itu sedih , kerana mengenang dosa-dosa yang kita lakukan . Dan untuk menangis secara spontan itu , bukanlah mudah bagi sebahagian manusia lantaran “ kerasnya “ hati mereka dan “ hitamnya “ hati mereka dek dosa-dosa yang mereka lakukan . Anjuran ini adalah sebagai latihan kepada kita agar jiwa kita sentiasa lembut untuk menerima petunjuk Allah Ta’ala , dan latihan “ buat-buat “ ini juga bukanlah satu bid’ah yang tiada sandarannya daripada Baginda s.a.w . Samalah juga dengan kaedah yang biasa diterapkan di dalam sistem pentarbiyahan ( didikan ) tasawuf , yang sentiasa menyarankan : “ Cara untuk menghilangkan kedekut , ialah hendaklah menjadi seorang pemurah. Kalau tidak boleh jadi pemurah , berlatihlah menjadi seorang yang pemurah “ . Insya-Allah dengan latihan yang sentiasa dilalui , sesuatu sifat yang buruk itu , boleh dibuang dan digantikan dengan sifat yang terpuji.

“ MELAGUKAN AL-QURAN “ , maksudnya : Membaca Al-Quran Al-Karim sesuai dengan kaedah Tajwidnya dan Qiraatnya , disamping mempelajari juga cara melagukannya ( Tarannum ) . Akan tetapi yang lebih wajib ialah mempelajari sebaik mungkin kaedah-kaedah tajwidnya . Hadis ini tidaklah menyuruh seseorang itu membaca Al-Quran mengikut lagu-lagu sesuka hati mereka sendiri , sehingga lari daripada kehendak syarak dan sehingga boleh terpesong pengertian sesebuah ayat.

3 – Bacaan sengau pada ‘AMMA YATASA ALUN yang biasanya dibacakan oleh qari-qari daripada Arab Saudi bukanlah sesuatu yang sengaja mereka reka-cipta sendiri. Kalau kita mengetahui Ilmu Linguistik , pastinya kita akan dapati kebiasaan masyarakat Arab Teluk ( termasuklah Arab Saudi ) mereka bercakap dengan nada yang agak “ sengau “ dan “ seperti berdengung “ , khasnya ketika mereka bercakap di dalam lahjah ( loghat ) mereka sendiri. Ertinya seolah-olah mereka bercakap dengan kalimah-kalimah yang keluar daripada dada. Begitulah juga , penduduk Syam ( Palestin , Syiria , Lubnan & Jordan ) apabila mereka bertutur di dalam bahasa mereka ( loghat ) , pasti kita akan dapati kebanyakan ayat-ayat itu “ sengau “ dan “ keluar daripada hidung “. Ertinya , ini adalah cara bacaan mereka dan cara mereka bertutur yang tidak mungkin kita berupaya mengubahnya. Samalah dengan keadaan masyarakat Cina , disebabkan telo lidah mereka , kadang-kadang bacaan Al-Quran mereka juga terkesan dengan telo dan pelat mereka.

Disebabkan Syeikh Hani Rifai’e sendiri adalah orang Arab Saudi , maka sudah pasti pelatnya sebagai salah-seorang Arab Saudi tidak dapat dielakkan. Bukan beliau sahaja yang berbunyi “ sengau “ , lihat sahaja qari-qari lain daripada Arab Saudi seperti Syeikh Sudais , Syeikh Su’ud Shuraym , Syeikh Al-Ghamidi dan lain-lain lagi.

Kita juga tidak menerima sebarang fatwa daripada mana-mana ulama’ yang terbilang , yang menyatakan bahawa cara bacaan mereka adalah SALAH . Apatah lagi , di zaman Rasulullah s.a.w sendiri dan Para Sahabatnya r.a , ada kelompok muslimin yang membaca Al-Quran Al-Karim menurut loghat / pelat / telo daerah masing-masing , tetapi tidak pula ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w selagi ianya tidak terkeluar daripada kehendak Ilmu Tajwid dan pengertian yang dituntut.

Berbalik kepada ayat ‘AMMA YATASA ALUN , ianya sebenarnya tidaklah dibaca secara dengung pada “ LUN “ , melainkan hendaklah dinyatakan bunyinya .

Kami menyarankan saudara melanjutkan permasalahan ini dengan tuan-tuan guru yang lebih pakar di dalam bab ini berbanding dengan kami di Al-Ahkam Online , khasnya mereka yang mempunyai ijazah pengajian khusus mengenai Tajwid , Qiraat dan Tarannum Al-quran Al-Karim . Silalah saudara ke masjid-masjid negeri yang mempunyai Pengajian Tahfiz dan Qiraat , ataupun ke Masjid Negara untuk menemui mereka.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 – SUNAN IBNU MAJAH – Jilid 1 , Cetakan Darul Hadist , Kaherah.

2 – ILMU TAJWID AL-QURAN – Al-Fadhil Ust Hassan Mahmud Al-Hafiz – Pustaka Al-Mizan.

3 – ENSEKLOPEDIA HADIS – Sakhr Productions .

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

1 8 / Sya’aban / 1423 H
25 / Oktober / 2002 M

Jumaat – Bandaraya Kaherah