:salam
saya salah seorang yang beramal dgn perundangan syariah
disini ada sedikit isu yang saya rasa tuan2 syeikh di ahkam dpt membincangkan seluas mungkin. berkenaan lafaz talaq tiga didalam satu lafaz.
didalam beberapa rujukan yang dibuat, pendapat jumhur lebih cenderung kepada sabit jatuhnya tiga talaq dgn menggunakan dalil2 dari alquran, hadith, ijma', pendapat sahabat dan qias (fiqh al islami wa adillatuh dr. wahbah). didalam kitab yang sama juga dr. menjelaskan bahawa di negara mesir dan syiria telah menetapkan didalam undang2nya bahawa:
uu mesir 1929
91 - suami memiliki keatas isterinya tiga talaq
92 - talaq yang disertai dengan lafaz atau isyarat yang berbilang-bilang, tidak jatuh talaq kecuali satu sahaja. (kemudian dr. menjelaskan lujnah fatwa yg bersidang mengubah berpegang dgn pendapat ini)
dr. wahbah juga setelah menghuraikan pertetangan pendapat fuqaha' didalam perkara ini kemudiannya menjelaskan bahawa apabila undang2 menetapkan suatu pendapat yang lemah sebagai undang2, maka ia menjadi kuat, lebih2 lagi meneliti keadaan semasa dimana umat islam semakin tidak menghiraukan masalah agama, maslahah isteri dan anak2.
oleh itu sekiranya berkesempatan, saya mohon panel2 diahkam dpt membincangkan perkara ini dgn menilai semua segi, amalan dizaman rasulullah, amalan dizaman saidina umar - mengapa saidina umar menetapkan talaq itu sabit tiga sebagaimana lafaznya, mengapa negara mesir dan syiria menggunapakai undang2 seperti itu, adakah ngr kita malaysia boleh menggunapakai undang2 itu sebagai penetapan hukum dimahkamah dan sebagainya mengikut kesesuaian perbincangan. sekian jazakumullah khair. :wassalam
:salam
wahbah az-zuhaili tidak menyebut bahawa adalah ijmak. Ttp beliau menyebut pendapat jumhur tentang lafaz talaq 3 dlm satu lafaz jatuh 3. Sementara Ibn Taimiyyah dan Anak muridnya (Ibnul qayyim) berpendapat sebaliknya.
Jelas beliau lagi, Talaq 3 sekali lafaz (jatuh ke semuanya) hanya bermula pada zaman Umar Al-Khattab. Ia tidak berlaku zaman Rasulullah S.A.W dan zaman Abu Bakr.
Malah peristiwa rukanah bin yazid menceraikan isterinya dgn talaq 3 sekali lafaz, lalu dirujuk dihadapan Rasulullah S.A.W; rasulullah S.A.W menyuruhnya merujuk kembali.
Menurut Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim, bahawasanya perbuatan umar itu sesuai dgn kedudukannya sbg amirul mukminin yakni mentsabitkan talaq 3 sekali lafaz (jatuh 3) sbg takzir kpd itu. Ijtihad umar diterimapakai oleh para sahabat dan para ulamak yg kemudian (termasuk imam mazhab yg empat).
Benarlah kata wahbah az-zuhaili, para qadhi atau pemimpin umat islam perlu menilai kondisi umat samada utk mentsabitkan 3 talaq atau 1 talaq.
Praktikal di Malaysia, ada juga hakim mahkamah syariah yg memutuskan 3 talaq satu lafaz sbg jatuh 1 talaq dan ada juga 3 talaq yg jatuh 3. Ini bergantung kpd persepsi hakim itu sendiri.
Al-Maraji':
1. Al-Fiqh Islami wal adillatuhu Al-Juz Sabi', Wahbah Zuhaili
2. I'lamul muwaqiin, Ibnul Qayyim
3. Majmu' al-fatwa, Ibn taimiyyah
http://www.zayed.com