SJ-12-0078 : perkahwinan syed syarifah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0078 : perkahwinan syed syarifah

assalamualaikumm.
saya nak tanya pasal hukum nikah.. apakah tak sah nikah syarifah dengan org biasa.. hal ini berkaitan dengan kufu' dalam syarat nikah mazhab syafie.. harap dapat beri jawapan dengan tafsili..

Re: perkahwinan syed syarifah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akam cuba menjawab soalan sdr ilhamQuddus dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kami dah jawab soalan terdahulu sdr yang berbunyi :-

Quote:
assalamualaikum.
saya nak tanya pasal.. salah satu syarat kufu' dalam nikah yg disyaratkan oleh mazhab syafie.. apakah syed dan syarifah tak bleh kahwen ngan yang lain2 berdasarkan status kufu' mereka?
wallahu a'lam

Sila lihat jawapannya :-

SJ-12-0076 : kahwin syed syarifah
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=28723

Menurut Sheikh Sayyid Sabiq, kufu (ßõÝõÄ , ßõÝúÁ) bermakna :

ÇáßÝÇÁÉ Ýí ÇáÒæÇÌ ÊÚÑíÝåÇ: ÇáßÝÇÁÉ: åí ÇáãÓÇæÇÉ¡ æÇáããÇËáÉ¡ æÇáßÝÁ æÇáßÝÇÁ: ÇáãËíá æÇáäÙíÑ. æÇáãÞÕæÏ ÈåÇ Ýí ÈÇÈ ÇáÒæÇÌ Ãä íßæä ÇáÒæÌ ßÝæÁðÇ áÒæÌÊå. Ãí ãÓÇæíðÇ áåÇ Ýí ÇáãäÒáÉ¡ æäÙíÑðÇ áåÇ Ýí ÇáãÑßÒ ÇáÇÌÊãÇÚí¡ æÇáãÓÊæì ÇáÎáÞí æÇáãÇáí.
"Al-Kafaa'ah didalam perkahwinan , takrifnya - Al-Kafaa'ah atau kecukupan : iaitu sama taraf, dan persamaan, dan kufu' ialah : sesuai . Maksudnya ialah didalam perkahwinan suami mesti bersekufu (kufu') atau compatible dengan isterinya. Samada sama dari segi pangkat, setanding dengannya di tengah-tengah masyarakat (sosial), sama taraf akhlaq dan kewangannya. "

Kufu menurut Mazhab al-Syafie [al-Fiqh al-Manhaji 2/39-40] :-:

a. Agama dan kesolehan (ÇáÏíä æÇáÕáÇÍ) - hendaklah tidak fasiq.
b. Pekerjaan (profession) (ÇáÍÑÝÉ)
c. Selamat dari kecacatan (ÇáÓáÇãÉ ãä ÇáÚíæÈ)

Menurut Dr Mustafa al-Khin, Kufu adalah :

æÇáßÝÇÁÉ Ýí ÇáÒæÇÌ ãä ÍÞ ÇáÒæÌÉ æÃæáíÇÆåÇ¡ æåí æÅä áã Êßä ÔÑØÇ Ýí ÕÍÉ ÇáäßÇÍ¡ áßä ãØáæÈÉ æãÞÑÑÉ ÏÝÚÇ ááÚÇÑ Úä ÇáÒæÌÉ æÃæáíÇÆåÇ¡ æÖãÇäÇ áÇÓÊÞÇãÉ ÇáÍíÇÉ Èíä ÇáÒæÌíä¡ æÐáß áÃä ÃÓáæÈ ÍíÇÊåãÇ¡ æäæÚ ãÚíÔÊåãÇ íßæäÇä ãÊÞÇÑÈíä¡ æãÃáæÝíä áåãÇ¡ ÝáÇ íÖØÑ ÃÍÏåãÇ áÊÛííÑ ãÃáæÝå.
"Kufu / keefisyenan (efficiency) didalam perkahwinan merupakan hak isteri dan walinya, ia bukanlah syarat sah nikah, akan tetapi ia diperlukan dan dirancang agar tidak memalukan pihak isteri dan walinya, dan ia menjamin kebahagian didalam hidup kedua suami-isteri, dan ini kerana stail penghidupan mereka, cara penghidupan dan kerapatan mereka, kesesuaian mereka, maka salah seorang tidak memaksa menukar keadaan kebiasaannya"
--------------

Sebagaimana yang dinyatakan didalam SJ-12-0076, walaupun tidak sekufu menurut mazhab Syafie, jika isteri dan walinya redha, maka mereka boleh meneruskan nikah. Ini adalah kerana KUFU bukanlah syarat sah nikah, tetapi merupakan syarat keperluan (needs).

Kalau lelaki yang bukan bertitle 'Syed' mempunyai kufu' (kesesuaian) dari aspek agama : dia seorang yang soleh dan tidak cacat, sesuai dengan pengantin perempuan yang bergelar syarifah, maka mereka dikata sekufu. :aklam

wassalam
=======
Rujukan :

1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji : 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - II. cet. 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.

2. Syeikh Said Sabiq. ÇáßÝÇÁÉ Ýì ÇáÒæÇÌ :ÔÑæØåÇ æÍÞíÞÊåÇ URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7927

خيرالأمين