SJ-12-0080 : Wanita Muslim tinggal bilik dgn wanita X muslim

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0080 : Wanita Muslim tinggal bilik dgn wanita X muslim

:salam

ada seorang sahabat bertanya, bagaimana adabnya bagi seorang wanita muslim bila tinggal serumah atau sebilik dgn bukan muslim?
bagaimana dari segi aurat?adakah terdapat batas2nya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0080 : Wanita Muslim tinggal bilik dgn wanita X muslim

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr/i mextram dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada masalah didalam pergaulan diantara wanita Islam dan bukan Islam asalkan pergaulan tersebut jauh dari fitnah. Tugas wanita Islam ialah berdakwah kepada wanita yang bukan Islam dan juga menunjukkan contoh tauladan yang baik. Adab2 Islam perlu dijaga didalam menjalani persahabatan.

Mengenai cara berpakaian dihadapan wanita yang bukan Islam, adalah dibenarkan wanita Islam membuka apa yang dibolehkan dihadapan mahram, seperti membuka tudung kepala, kawasan tengkok, lengan dan tapak kaki. Samada wanita dan mahram tersebut Islam atau bukan Islam tidak ada beza hukumnya.

Apa yang diarang ialah Wanita Islam tidak dibenarkan memakai pakaian yang pendek, yang nipis (see-through)atau pakaian yang sempit yang mempamirkan auratnya.

Menurut Fatwa al-Lajnah al-Da'imah Arab Saudi :-

Úáì ÇáãÑÃÉ Ãä ÊÍÊÔã æÊÊÍáì ÈÇáÍíÇÁ ÍÊì æáæ áã íäÙÑ ÅáíåÇ ÅáÇ äÓÇÁ æáÇ ÊßÔÝ áåä ÅáÇ ãÇ ÌÑÊ ÇáÚÇÏÉ ÈßÔÝå æÏÚÊ áå ÇáÍÇÌÉ ßÇáÎÑæÌ áåä Ýí ËíÇÈ ÇáÈÐáÉ ( åí ÇáËíÇÈ ÇáÊí ÊáÈÓåÇ æåí Ýí ÚãáåÇ Ýí ÇáÈíÊ ) ãßÔæÝÉ ÇáæÌå æÇáíÏíä æÃØÑÇÝ ÇáÞÏãíä æäÍæ Ðáß æÐáß ÃÓÊÑ áåÇ æÃÈÚÏ Úä ãæÇØä ÇáÑíÈÉ .
align="left" dir="ltr">"Wanita Islam hendaklah sederhana, walaupun tidak ada yang melihatnya melainkan wanita yang lain, dia hendaklah tidak membuka apa-apa lebih dari adat kebiasaan atau keperluan, seperti memakai pakaian yang digunakan untuk melakukan kerja rumah, mempamerkan muka, tangan, kaki dan begitu. Ini lebih selamat dan seterusnya membuangkan rasa ragu atau syak" [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 17/288, 289]

Mengenai pandangan yang mengatakan bahawa terdapat hukum yang berbeza apabila berdepan dengan wanita Islam dan bukan Islam, al-Lajnah al-Da'imah menjawab :-

Ýíå ÞæáÇä áÃåá ÇáÚáã ¡ æÇáÃÑÌÍ : ÚÏã ÇáæÌæÈ º áÃä Ðáß áã íõäÞá Úä ÃÒæÇÌ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æáÇ Úä ÛíÑåä ãä ÇáÕÍÇÈíÇÊ Ííä ÇÌÊãÇÚåä ÈäÓÇÁ ÇáíåæÏ Ýí ÇáãÏíäÉ æÇáäÓÇÁ ÇáæËäíÇÊ ¡ æáæ ßÇä æÇÞÚÇð áäõÞá ßãÇ äõÞá ãÇ åæ ÃÞá ãäå .
align="left" dir="ltr">"terdapat 2 pandangan ulama' mengenai perkara ini. Pandangan yang terbaik adalah ianya tidak wajib, kerana tidak ada nas mengenai perkara ini diriwayatkan dari isteri2 Nabi :saw atau wanita lain dari kalangan Sahabat apabila mereka bertemu dengan kaum Yahudi dan Wanita penyembah berhala di Madinah. Jika ini berlaku sudah tentu ia disebarkan."

Fatwa seterusnya menyebut :-

áÇ ãÇäÚ ãä ßÔÝ ÇáãÑÃÉ æÌååÇ ÚäÏ ÇáãÑÃÉ ¡ ãÓáãÉ ßÇäÊ Ãæ ßÇäÊ ßÇÝÑÉ º áÃäåÇ áã ÊõÄãÑ ÈÓÊÑ æÌååÇ ÅáÇ Úä ÇáÑÌÇá ÇáÐíä áíÓæÇ ãä ãÍÇÑãåÇ ¡ ÞÇá ÊÚÇáì : ( æóáúíóÖúÑöÈúäó ÈöÎõãõÑöåöäøó Úóáóì ÌõíõæÈöåöäøó æóáÇ íõÈúÏöíäó ÒöíäóÊóåõäøó ÅöáÇøó áöÈõÚõæáóÊöåöäøó )
align="left" dir="ltr">"Tidak ada sebab mengapa wanita diwajibkan tidak membuka wajahnya dihadapan wanita lain, samada ianya Muslim atau kafir, kerana wanita diarahkan menutup aurat mereka dihadapan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah :

...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ... [al-Nur : 31] " [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 17/287, 288]

Apa yang dimaksudkan dengan "perempuan" didalam ayat ini adalah semua wanita, samada Islam atau bukan Islam.

Kesimpulannya, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis. :aklam

=========
Rujukan :

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah al-'ilmiyyah wa Ifta' - 17. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razaq al-Dawish. cet. ke 3. Riyah : Dar al-Muayyad, 2000. ms 103-104.

خيرالأمين