SJ-12-0142 : Anak 'luar nikah' mewalikan adik perempuannya?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0142 : Anak 'luar nikah' mewalikan adik perempuannya?

Assalamu alaikum...

Ustadz yang dihormati,
Maaf jika soalan ini adalah ulangan...

Saya memerlukan pengesahan dengan segera tentang perkara ini. Kelmarin saya menerima panggilan telefon dr rakan saya yang bertanyakan tentang situasi yang menimpa kawannya. 2 bulan lagi adik perempuannya nak berkahwin.

Saya sudah meneliti tajuk berkaitan ini seperti di:
1. http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=11968&highlight=wali&sid=4ad96412fd606b6e8319472c067a34cb
2. http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10806&highlight=wali&sid=4ad96412fd606b6e8319472c067a34cb
3. http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17979&highlight=wali&sid=4ad96412fd606b6e8319472c067a34cb

Soalannya:
Bolehkah anak 'luar nikah' (kandungan disebabkan oleh perzinaan dan dilahirkan selepas 6 bulan bernikah) mewalikan adik perempuannya (dari ibu dan bapa yang sama hasil pernikahan yang sah)?
Bapa mereka telah pun meninggal dunia.

Mohon pencerahan dengan segera. Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0142 : Anak 'luar nikah' mewalikan adik perempuannya?

:wassalam

alJawab:

Syarat wali yang disepakati oleh semua fuqaha' ialah Islam, baligh dan tidak dalam keadaan ihram (Bidayah alMujtahid 2/9) tak ada pun disebut akan asal usul nasabnya. Maka jika jelas dalam MyKad wali itu adalah senasab dengan perempuan yang akan bernikah itu, maka tak ada apa yang perlu diungkitkan. Kecualilah dalam Mykadnya tercatat ia dibinkan kepada Abdullah. sekian