SJ-12-0149 : Tahnik?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0149 : Tahnik?

Assalamu alaikum...

Baru2 ni saya diminta oleh ibu mertua saya utk mentahnikkan anak saudara lelaki saya yang baru lahir, walaupun sebenarnya lebih elok mencari seseorang lebih bagus agamanya untuk melakukannya.

Dalam piring yang diberi oleh ibu mertua saya terdapat tamar, air zam-zam, garam, asam keping dan cincin emas. Saya tanya "Cincin ni nak buat apa, ma?" Ibu mertua saya kata "alaa...hari tu ma tengok ustadz buat camtu". Dia merujuk kepada seorang ustadz yang baru balik dari Jordan dan menjadi imam di masjid besar.

Saya cuma menggunakan tamar dan air zamzam sahaja utk mentahnik. Kunyah dan gosokkan/masukkan ke mulut bayi tu. Garam dan asam keping tu tak pula saya gunakan, melainkan jika tamar tiada. Adapun cincin emas tu, amat pelik bagi saya.

Persoalan:
a) Adakah ada contoh dari Rasulullah amalan menggunakan cincin emas dalam bertahnik?
b) Betulkah cara yg telah saya lakukan? Mohon tunjuk-ajar.

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0149 : Tahnik?

:wassalam

al-Jawab:

a) Apa yang diamalkan oleh orang Melayu itu bukan tahnik tapi upacara 'belah mulut' bayi. Menurut kajian Richard Windstedt, Oxford Univ Press, 1960, terhadap adat resam orang Melayu menyatakan upacara ini berasal dari Hindu. (ms 109) Ini kerana ritual asal dalam budaya Hindu ialah bayi dibelah mulutnya dengan air buah pinang, gula dan garam, lalu dijampi oleh Sami supaya mulut bayi mendatangkan kebaikan, kepetahan dan kebijaksanaan. Kemungkinan pak lebai tempatan membuat inovasi dgn bahan-bahan yg lain spt yg anda senaraikan. Tujuan garam, asam keping, air zam-zam dan emas perak digunakan itu ialah supaya si anak itu akan berbicara dengan pertuturan yang cukup rencahnya, penuh hikmah dan bijaksana.

b) Bila seseorang itu dipilih utk melakukan tahnik berdasarkan ia seorang yg terhormat, alim, zuhud, bijaksana dan ia amat mengerti akan AQ & S. Maka pilihan keluarga itu memang tepat sekali.
Air liur si alim bila bergaul dengan tamar, mendatangkan berkah, sebagaimana beberapa bayi yg ditahnik oleh RasuluLlah, menjadi soleh, antaranya Abdullah b. Zubair (al -'Aini, Umdah alQari, 21/84). Maka apa yang anda lakukan itu adalah baik sekali, cuma menggunakan tamar sahaja, itulah takrifan tahnik menurut sunnah, yakni mengunyah kurma dan meletakkan dalam mulut bayi. Hapuslah kebodohan kaum kita dengan hikmah dan santun.