SJ-12-0205 : Dalil galakan kahwin campur?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0205 : Dalil galakan kahwin campur?

:salam

Adakah terdapat nas dr Nabi SAW ttg galakan berkahwin campur@ berlainan bangsa? Sbb sy pernah terdengar seorang penceramah popular di mesia ni yg berkata "perkahwinan tu digalakkan dengan jarak bangsa yg lebih jauh. Lebih jauh, lebih bagus. Maksudnya, kahwin campur atau keluar dari takuk bangsa sendiri adalah digalakkan". Benarkah sedemikian?
jkk
:salam

SJ-12-0205 : Dalil galakan kahwin campur?

:wassalam

al-Jawab:

Perkahwinan campur dari pemahaman kami ialah perkahwinan lintas etnik
(cross-ethnic), misalnya kaum Melayu berkahwin dengan bangsa India atau China atau Eropah. Ini tidak banyak disentuh dalam kitabun anNikah. Isu yg lumrah dalam perkahwinan campur ialah fiqh perkahwinan lelaki Islam dengan wanita asing ialah dalam isu menikahi wanita ahlil kitab di mana ia suatu fiqh yg rumit kerana melibatkan bukan sahaja perbedaan etnik tapi juga perbedaan agama. Dalilnya:
" (pada hari ini) dihalalkan mengahwini wanita2 suci di antara orang2 yg diberi al-Kitab sebelum kamu" AQT 5:5

Dalam ayat itu Allah hanya memberi idzin mengahwini perempuan lintas agama samawi dan di waktu yg sama sudah tentu mereka adalah berlainan etnik.

Tujuan Allah menciptakan bangsa dan ethnik juga dijelaskan,"
...dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan beretnik-etnik SUPAYA kamu saling kenal mengenal." AQT 49:13

Jadi sudah diketahui, pelbagai cara manusia saling berinteraksi antara satu sama lain, berdagang, bersukan, pelancongan dan sudah tentulah bernikah kahwin akan turut berlaku. Cthnya: pedagang arab datang ke gugusan tanah melayu zaman dulu, kemudian bernikah dgn gadis tempatan dan melahirkan keturunan syed; pedagang2 India datang ke tanah Melayu dan berkahwin dgn gadis tempatan, melahirkan keturunan mamak.
Nabi saw sendiri pernah mengahwini perempuan yahudi dan Qibti (Mesir), ia adalah tujuan strategik utk dakwah akibat dari kekuatan Islam membuka dan menawan negara-negara jiran dan Eropah. Diikuti para sahabat dan tabi'in yang banyak menikahi perempuan2 dari pelbagai etnik ketika mereka menawan Iran, India, Eropah dan Afrika Utara.

Apakah benar bahawa Islam menggalakkan perkahwinan antara bangsa atau etnik spt yg didakwa?
Jawapan kita kepada dakwaan penceramah popular Malaysia itu bahawa perkahwinan keluar kepompong bangsa sendiri adalah digalakkan masih boleh diperdebatkan. Agama kita tidak menganjur atau melarang, ia terserahlah kepada citarasa masing-masing. Ciri utama Islam ialah pemilihan yg sebenar ialah berdasarkan agama (taqwa) dan akhlak.
Kebaikan perkahwinan lintas bangsa/etnik ni memang ada pro and cons.
Tapi jika salah satu dari pasangan itu dari bangsa yg baru memeluk Islam, maka sudah tentu pasangan itu akan menghadapi banyak masalah dari segi ilmu Islam dan menyesuaikan dgn adat dan budaya yg serba baru..
dari segi genetik pulak, memang anak atau zuriat yg lahir dari perkahwinan antara etnik ini memang mempunyai ciri dan rupa yg berlainan sekali.

Disimpulkan: galakan tidak ada kerana Islam menjelaskan dorongan utama pemilihan calon pasangan ialah taqwa. Dalilnya:

“O you who believe, verily your Lord is One, and your father [Adam] is one. There is no superiority of an Arab over a non-Arab or of a non-Arab over an Arab, or of a red man over a black man or of a black man over a red man, except in terms of taqwa (piety). Have I conveyed (the message)?” They said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) has conveyed (the message).”

(Narrated by Ahmad, 5/411; classed as saheeh by al-Albaani in Ghaayat al-Maraam, 313; it was also narrated from Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah that its isnaad is saheeh, in al-Iqtidaa’, 69).
Terjemahnya: Duhai orang2 beriman, bapa kamu ialah satu (Adam), tiada kelebihan orang arab ke atas ajam atau ajam ke atas Arab atau orang berkulit merah ke atas orang berkulit gelap atau yg berkulit gelap ke atas orang berkulit merah, kecuali pada ketaqwaannya."

Yang ada dibahaskan dalam syara' ialah perkahwinan dgn wanita ahlil kitab dan isu-isu besar yg dihadapi oleh lelaki muslim jika mengahwini perempuan kristian dan yahudi. Dr al-Qardhawi menyarankan ia perlu berjaga-jaga kerana mudharatnya lebih banyak dari maslahat. Juga kajian dari Mesir, ust muhammad Abdullah Anan dalam kitabnya Tarajum Islamiah, juga menyarankan perkahwinan dgn perempuan Eropah membawa banyak kerusakan.

Yang banyak dibahaskan juga ialah perkahwinan di antara keluarga dekat seperti sepupu, dua pupu dsbnya.

sekian